Selasa, 10 Julai 2018

PAS bila nak saman?

Mungkin lepas ni, PAS akan cepat bertindak untuk menyaman pihak yang menuduh mereka 'makan' duit UMNO. Pada penghujung Mei 2018 pun PAS Terengganu dah keluarkan statement untuk menyaman Mahfuz Omar. Kami pun masih nak bertanya, bila nak saman tu?

Mahfuz dah jawab dulu macam ni;

"Kalau mereka nak saman saya, saya terbuka dan alu-alukan dan menanti-nanti saman tersebut walaupun mereka sepatutnya saman pemilik laman Facebook yang mendedahkan maklumat tersebut.

"Kalau mereka nak saman saya, saya amat terbuka kerana itulah peluang untuk saya mendapatkan perintah mahkamah apabila perbicaraan nanti. "Iaitu untuk pihak bank mengemukakan penyata-penyata akaun yang telah dimaksudkan, hasil pendedahan akaun Facebook tersebut," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi hari ini.

Tup tup timbul pulak isu ni hari ni. Mungkin PAS tak sedap duduk sekarang. Maklumlah, banyak dah akaun yang berkait dengan kes 1MDB dan Najib sudah dibekukan. Hmmm tunggu respon PAS sehari dua ni. Spin jangan tak spin ...

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Pasir Puteh, Kelantan, Mohd Sabri Salleh bersedia menjadi saksi kepada siasatan kes rakaman audio didakwa suara Anggota Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Mohd Sabri yang juga sepupu kepada Nik Abduh itu berkata, dia sudah dipanggil polis Kelantan semalam untuk menandatangani kesediaan sebagai saksi kes berkenaan.

"Saya dimaklumkan kes dipindahkan ke Bukit Aman kerana ia melibatkan kes berprofil tinggil, dan siasatan akan dimulakan," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Sabri hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh susulan satu laporan yang dibuatnya berhubung kes tersebut.

"Dipanggil polis susulan isu laporan polis saya berkaitan kes audio suara mirip Nik Abduh.

"Mengikut kenyataan pegawai polis di sini, kes ini dipindahkan ke Bukit Aman. Sebab ia kes berprofil tinggi. Siasatan akan dimulakan katanya," katanya dalam tulisan di Facebook.

Pada Februari lalu, klip audio tersebut tersebar di media sosial dan didakwa sebagai bukti Umno menyalurkan dana kepada PAS melalui pemimpin tertentu.

Rakaman selama kira-kira 80 saat itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS.

Antara lain, wang berkenaan didakwa bertujuan untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak demi menjatuhkan DAP.

Sementara itu, versi penuh audio tersebut - yang disebar kemudian - antara lain mendedahkan beberapa pimpinan PAS mengambil wang daripada Umno.

Suara lelaki yang dikatakan mirip Nik Abduh itu turut mendakwa mempunyai hubungan dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Beberapa nama turut dipetik dalam rakaman audio tersebut termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan menantu Abdul Hadi, Zaharuddin Muhammad.

Sementara itu, Mohd Sabri berkata dia bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak polis sekiranya komitmen beliau diperlukan.

"Ya saya bersedia bagi kerjasama sepenuhnya," tegasnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: