Selasa, 12 Jun 2018

RM200K .. adalah sangat kan bang Najib!

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan membayar barisan penasihatnya sehingga RM200,000 sebulan, tidak termasuk faedah dan kelebihan lain, menurut laporan The Malaysian Insight hari ini.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, penasihat Najib menikmati gaji antara RM70,000 hingg RM200,000 sebulan.

"Tetapi setakat ini kami hanya mengenalpasti seorang yang mendapat gaji RM200,000 sebulan. Ini hampir sepuluh kali ganda lebih tinggi berbanding gaji perdana menteri. Pemeriksaan masih berjalan.

"Mereka bukan saja mendapat gaji tinggi, tetapi juga menerima banyak faedah dan kelebihan lain," kata sumber itu seperti dipetik.

Laporan itu juga berkata penasihat dengan gaji terbesar itu juga merupakan "bekas menteri kabinet yang menjadi penasihat kepada Pejabat Perdana Menteri", dan mengetuai sebuah unit di situ.

Bagaimanapun nama individu tersebut tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Seorang lagi penasihat yang mendapat gaji tinggi - juga tidak dinamakan - bertanggungjawab dalam soal "jenama 1Malaysia," kata laporan itu.

Maklumat ini diperoleh selepas pegawai kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) meneliti dokumen rahsia milik pentadbiran BN dulu.

Sejak HARAPAN mentadbir negara, semua penasihat ini tidak lagi dibayar gaji oleh kerajaan.

"Semua pegawai ini tidak lagi bekerja dengan kerajaan. Kebanyakannya mengosongkan pejabat sebaik selepas kekalahan BN.

"Mereka sama ada pergi secara sukarela tanpa memberitahu kami atau diminta untuk berbuat demikian," kata sumber itu seperti dipetik.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sejumlah 17,000 lantikan politik akan diberhentikan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

I berkata...

Banyaknya gaji dorang ni. Apa produk dorang ni? Sampai puluh ribu dan ratus ribu... Buat emas ke? Satu bulan gaji mereka sama dengan gaji kami 3 atau 4 tahun bekerja. Aduh...biarlah patut2 gaji dorang ni. Minta PH kaji senula semua gaji kakitangan glc ni semua...terutama pegawai2 ekskutif dan alp dorang ni... kementerian mana agaknya yang berkaitan...dan bertanggung jawab...

Tanpa Nama berkata...

Seekor manusia dapat 200k sebulan? Apalah kerja makhluk seekor ini sampai gaji sebulan mampu beli sebuah @ dua buah rumah kepada seorang rakyat Malaysia? Gila betul Najib dan Rosmah. Gila wang. HAHAHA.

Tanpa Nama berkata...

Kurang sedikit beban belanja akibat cukai GST. Dalam 2 tahun GST harga barang naik mendadak lebih kurang RM2 - RM3. Insurans, pengeluaran, pindahan wang, bil, online banking, perkhidmatan harian akhirnya GST 0%. Rupanya ada manusia zaman Najib dapat gaji sampai RM200,000! Alahai penyokong Umno kalau masih buta perut tak tahu nak cakap apa lagi. Patut cari manusia ini dan minta buat kerja kepada semua pembayar cukai GST 6%!

Tanpa Nama berkata...

Geram sungguh aku od umno bn @ najib. Jika lembu ni didapati bsalah aku harap dia diseksa dgn keras di penjara