Rabu, 11 April 2018

Terhad!!! Tebus 'hadiah' istimewa bila anda pulang mengundi 9 Mei. Hanya di sini!!

Orang ramai diminta bertenang berhadapan pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan hari Rabu 9 Mei sebagai hari mengundi.

“Kerana keputusan SPR menetapkan 9 Mei Rabu, hari bekerja, maka andainya PH menang, maka ‘Kerajaan PH’ akan mengisytirharkan 10 & 11 Mei 2018 sebagai Cuti
Umum bagi menggalakkan dan meyakinkan Rakyat/Pengundi untuk Pulang Mengundi dan seterusnya Menyambut Kemenangan Rakyat.”

Demikian perkongsian Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad yang tampil ke laman sosial Twitter untuk memujuk kemarahan rakyat Malaysia.

Media sosial meletup tengah hari tadi berikutan pengumuman SPR yang menetapkan hari mengundi bagi Pilihanraya Umum ke-14 pada pertengahan minggu, selepas
penamaan calon pada 28 April.

Keputusan tersebut dilihat bakal menyusahkan orang ramai yang perlu mengatur perjalanan untuk pulang mengundi, terutamanya pengundi Sabah dan Sarawak yang
bekerja di Semenanjung.

Mengulas keputusan tersebut, mantan pengarah badan pemikir IDEAS, Wan Saiful Wan Jan berkata adalah penting untuk HARAPAN memastikan peratusan keluar mengundi
adalah tinggi.

“Jangan biarkan Najib mencuri,” ujarnya di laman sosial Twitter.

“Pemilihan tarikh 9 Mei sebagai hari mengundi adalah satu lagi helah Najib dan UMNO untuk mencuri #PRU14. Ia jatuh pada hari Rabu, iaitu hari bekerja.


“Sudah pasti ramai yang tidak dapat mengundi, terutama mereka yang menetap atau bekerja jauh daripada tempat mengundi.

“UMNO mahu peratusan keluar mengundi rendah kerana mereka tahu bilangan rakyat yang tidak menyokong mereka adalah ramai. Jika peratusan keluar mengundi
adalah tinggi, kemungkinan untuk Najib berpindah keluar dari Putrajaya juga adalah tinggi,” tegasnya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah bagaimanapun enggan memberi rasional kepada keputusan tersebut, yang mengehadkan tempoh kempen setakat 11 hari
sahaja.

Mohd Hashim dilaporkan tergesa-gesa melarikan diri dari sidang media SPR, mengelak soalan wartawan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

PokAmid berkata...

Pengkhianat negara bukan terhad kepada perompak, pencuri dan pembocor rahsia negara.
Mereka yg bersekongkol dgn perompak atau yg menyusahkan rakyat menunaikan tanggung-jawab pun dikira pengkhianat. Mudah2an pengkhianat yg menyusahksn rakyat turun mengundi ditimpa azab yg setimpal oleh Allah.

Cilako punya worang itu!!

Tanpa Nama berkata...

oh pengundi pekan...
undi ko akan mufliskan negara..
undi ko boleh selamatkan negara..
peratusan keluar undi rendah, mrk tabur undi pos tipu menang..