Khamis, 22 Mac 2018

Benarkah persempedanan semula kawasan pilihan raya akan menjejaskan peluang Pakatan Harapan>?

Bahang pilihan raya semakin terasa. Gendang mula dipalu menanti semboyan dari Najib untuk membubarkan parlimen. Jikalau di negara lain, tarikh bukan rahsia, tapi hanya di Malaysia, tarikh masih menjadi teka - teki.Hanya di Malaysia. Melalui blog 'menconteng untuk perubahan' www.penburukonline.blogspot.com yang secara konsisten bermula tahun 2011 akan dibawa perkembangan semasa mengenai politik tanah air.

Persempadanan semula akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi, dengan harapan akan memberi 'untung' kepada Barisan Najib (BN). Tapi apakah ia memberi manfaat kepada UMNO?

Pada PRU 13, 60% undi melayu pergi kepada UMNO. Maka dengan itu UMNO yakin dengan membuat rombakan pada kawasan pilihan raya akan memberi manfaat besar pada PRU akan datang.

Maka selepas PRU 13, UMNO melalui SPR telah merangka semula kawasan pilihan raya dengan harapan akan membantu UMNO memenangi semula dengan majoriti yang lebih besar.

Nak jadi cerita, tiba-tiba senario politik Malaysia telah berubah dengan kemunculan semula Tun Mahathir dan parti BERSATU itambah dengan semakin kuatnya AMANAH yang boleh menggantikan PAS. Maka bersama empat parti wujud PAKATAN HARAPAN (PH) yang berikrar untuk menlenyapkan penguasaan Najib dan UMNO. Suara rakyat yang mahukan perubahan dan mahu hentikan rompakan Najib.

Apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat dengan menambah bilangan undi melayu. Maka undi melayu akan terpecah tiga.
1. Undi melayu UMNO akan semakin berkurang dengan sebahagian akan lari ke pengaruh Mahathir dan BERSATU.
2. Undi PAS akan lari sebahagian kecil atau separuh kepada AMANAH dan parti lain.
3. Undi atas pagar akan memilih parti sama ada UMNO atau dari PH mengikut iklim dan isu semasa.

Dengan pecahan tersebut, maka dengan automatik undi melayu kepada UMNO semakin berkurang. Tetapi ini bukanlah muktamad sehingga hari penentuan akan diadakan antara penghujung April dan awal Mei. Paling lewat PRU 14 mesti diadakan pada Ogos! Secara teori tiada satu parti pun yang boleh mendabik dada akan berjaya menguasai undi melayu walaupun kerja licik dari SPR cuba merombak kembali persempadanan semula pilihan raya.

Anda ada pandangan lain?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: