Isnin, 15 Januari 2018

Ini jawapan Mahfuz bila dituduh hina Sultan Pahang

“Saya sambut baik laporan polis dibuat terhadap saya, terima kasih kepada mereka yang dengar ceramah itu. Mohon fahami isi ucapan saya. Manakala video Sultan Ahmad Shah sambut hari jadi bukan saya yang rakam dan sebarkan,” katanya.

ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataannya sengaja diputar belit pemimpin Umno, yang mendakwa beliau menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menerusi video ceramah yang tular.

Katanya, bukan niatnya mahu menghina sesiapa terutama Sultan Ahmad Shah, ketika membuat perbandingan dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apa yang saya bangkitkan adalah faktor usia bukan penghalang untuk individu ketuai kerajaan.  Perbandingan antara (Tun) Mahathir dan Sultan Ahmad Shah hanya merujuk kepada kepimpinan mereka yang masih diperlukan walaupun usia sudah lanjut,” katanya.

Menurutnya, pandangannya jelas memberi pengiktirafan kepada Sultan Ahmad Shah mahupun Tun Mahathir dalam memberi gambaran bahawa usia bukan penghalang untuk memerintah.

“Itu asas yang saya bangkitkan, namun diputar belit pemimpin Umno. Faktor usia bukan penghalang untuk sesiapa menjadi pemimpin atau ketua, termasuk Sultan selaku ketua pemerintah tertinggi setiap negeri,” katanya.

Mahfuz berkata, perkara itu dibangkitkan setelah pemimpin Umno berterusan mempertikaikan kemampuan Mahathir yang berusia 90-an untuk kembali terajui negara, selepas dicalonkan perdana menteri Pakatan Harapan, dengan melabel beliau sebagai orang tua.

Video berdurasi enam minit 38 saat itu tersebar di laman sosial Facebook sejak kelmarin, di mana Mahfuz didakwa memperlekeh Sultan Pahang dalam ceramah politiknya.

Mahfuz bagaimanapun, menafikan menghina Sultan Ahmad Shah, sebaliknya menganggap ia sebagai penghargaan kerana rakyat masih mahukan khidmat baginda, walaupun dalam situasi berbeza.

“Ini bukan penghinaan sebaliknya penghargaan kepada mereka yang berusia namun masih berbakti kepada negara dan mentadbir dengan cemerlang, cuma kedudukan berbeza antara pemimpin politik dan kesultanan,” katanya.

Menurutnya, masyarakat dapat menerima situasi itu dengan baik, tanpa mempertikai usia dan hanya mementingkan kepimpinan.

“Yang kita perlukan adalah pemikiran dan pengalaman golongan berusia sebagai panduan. Tiada salahnya mengangkat individu berusia sebagai ketua negara.

Tiada peruntukan individu berusia tidak boleh tadbir negara, sama ada peringkat pentadbiran selaku perdana menteri atau Sultan yang terus berada di takhta,” katanya.

Mahfuz percaya individu yang mendengar ceramahnya secara keseluruhan akan memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan olehnya.

“Nampaknya Pemuda Umno Pahang yang nyanyuk walaupun masih muda, sebab salah tafsir maksud sebenar ucapan saya. Beliau tak layak jadi pemimpin jika putar belit kenyataan orang lain ke arah negatif,” katanya.

Menurutnya, terdapat juga video ceramah yang mendoakan kesihatan Sultan Ahmad Shah, dalam ceramahnya itu namun tidak pula ditular kerana ia membawa kebaikan.

Mengulas laporan polis dibuat terhadapnya berhubung insiden itu, katanya, beliau terbuka dan bersedia beri kerjasama.

“Saya sambut baik laporan polis dibuat terhadap saya, terima kasih kepada mereka yang dengar ceramah itu. Mohon fahami isi ucapan saya. Manakala video Sultan Ahmad Shah sambut hari jadi bukan saya yang rakam dan sebarkan,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

HADIGOL berkata...

Baiah selama mana pas perjuang rakyat... jika belot baiah pun terbatal.

Apa guna klu muda tp jd pasu bunga kt parlimen. Bila nk minta hormat semua ngaku tua.