Sabtu, 13 Mei 2017

Patutlah ramai yang hadir perhimpunan UMNO ke 71 .. rupanya ini dia puncanya!

Ni pun nak berdalih lagi. Semua orang tahu perangai UMNO. Buat majis, mesti paksa kakitangan awam turun untuk memenuhkan tempat. Bagi nampak gah .. kalau nak harap ahli UMNO, ntah berapa kerat je yang hadir. Tengok macam perhimpunan baju merah. Berapa kerat je yang sanggup turun. kah3.

Nak muntah ...

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan, parti itu tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk menyertai sambutan ulang tahun Umno ke-71.

Menyifatkan isu itu sengaja 'diputar belit', Tengku Adnan berkata pelajar berkenaan sendiri meminta untuk hadir ke acara itu semalam.

Banyak diputarbelit, memang ada pelajar hadir. Mereka minta untuk hadir jadi kita jemput jelah. Ada daripada mereka dari UniKL, UiTM, ada juga ada universiti lain yang datang.

"Jadi kita biarkan (mereka nak datang). Mereka datang sebagai NGO.

"Janganlah tuduh kita paksa mereka (pelajar). Kita tidak pernah paksa sesiapa," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa acara semalam bukanlah himpunan parti politik, sebaliknya sambutan ulang tahun ke-71 sebuah parti politik.

"Ia bukan himpunan politik. Ia adalah sambutan ke-71 parti kita. Bukan himpunan politik," kata anggota parlimen Putrajaya itu lagi.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan, UiTM nafi memperalatkan mahasiswanya untuk turun ke Stadium Bukit Jalil, semalam.

Ia ekoran dakwaan Pemuda PKR dan DAP yang mendakwa Umno menggerakkan mahasiswa UiTM untuk hadir ulang tahun Umno ke-71.

Mereka menyebarkan rakaman skrin di kumpulan WhatsApp berkaitan mahasiswa UiTM bagi membuktikan dakwaan itu dan menuduh Umno 'menipu' pelajar.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: