Sabtu, 29 April 2017

Sri Ram: Keputusan batal saman Mahathir salah sama sekali


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Abu Bakar Jais telah salah sama sekali apabila membuat keputusan membatalkan saman difailkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram yang pernah berkhidmat di Mahkamah Rayuan selama 15 tahun, berkata tindakan yang dibawa oleh Mahathir adalah berdasarkan tort misfeasans yang biasa bagi pejabat awam.

"Ia tidak dibawa di bawah Akta Parlimen. Ia juga bukan sesuatu tindakan yang diambil kerana pelanggaran oleh eksekutif oleh jaminan hak perlembagaan.

"Oleh itu sama ada Perlembagaan Persekutuan atau Akta Interpretasi tidak relevan untuk menunjukkan siapa pegawai awam bagi maksud tort misfeasans di pejabat awam.

"Terdapat oleh itu, satu kesilapan asas dalam penghakiman. Dan hakim adalah benar-benar salah,"katanya.

Sri Ram, yang telah melihat salinan penghakiman itu, diminta mengulas mengenai keputusan itu semalam.

Dilaporkan hakim Abu Bakar menolak saman RM2.642 bilion oleh Mahathir dan bekas pemimpin akar umbi Umno, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin terhadap Najib, atas alasan bahawa seorang perdana menteri bukan pegawai awam, sebaliknya adalah anggota pentadbiran.

Beliau berkata hujah itu berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Interpretasi 1948 (1967).

Sri Ram berkata hakim Mahkamah Tinggi KL itu sepatutnya tidak merujuk perlembagaan persekutuan dan Akta Interpretasi untuk menentukan siapa pegawai awam.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Hakim itu menggunapakai undang-undang loyar buruk, semoga dia mati nanti dalam keadaan yang cukup hina.