Selasa, 11 Oktober 2016

KESIAN JAMAL BAJU MERAH....

Memang tak patut...sampai hati Noh Omar buat begini kepada Jamal Md Yunus.

Jika Nazri  Aziz cuba menjarakkan diri daripada Jamal dengan mengatakan tindakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu  bersama Gerakan Baju Merah tidak mewakili pendirian UMNO atau seperti Khairy Jamaluddin yang lebih tegas mahukan pihak polis mengambil tindakan terhadap anggota NGO itu yang terkait dengan aksi ganas, ia barangkali sesuatu yang biasa dan boleh diterima.

Tetapi, kenapa Noh Omar juga mahu menjarakkan dirinya daripada Jamal?

Bukanlah Jamal itu sahabat karibnya dan hubungan bagai "adik-abang"  antara kedua-dua mereka adalah sesuatu yang bukan rahsia dan sudah diketahui umum sejak dahulu lagi?

Tidak bolehkah Noh Omar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan memandangkan Jamal pula adalah salah seorang Ketua UMNO Bahagian di negeri itu, maka beliau menunjukkan lebih tanggungjawab dengan apa yang dilakukan Jamal bersama Gerakan Baju Merahnya?

Adakah hanya kerana Gerakan Baju Merah terkait dengan aksi ganas dan menjadi cemuhan masyarakat, lalu Noh Omar cuba lepas tangan?

Bagaimana agaknya jika dalam kes lain di mana Gerakan Baju Merah berbuat sesuatu yang menjadi pujian masyarakat, malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turut memberi kata-kata sanjungan, adakah Noh Omar juga akan mengatakan ia tidak ada kena-mengena dengan UMNO Selangor yang diketuainya?

Lagi pun, bagaimana Noh Omar mahu menafikan Gerakan Baju Merah adalah semata-mata gerakan yang dilakukan oleh sebuah NGO yang berkecuali sedangkan jelas terpampang sebahagian pesertanya turut meletakkan logo UMNO pada pakaian mereka?

Apa pun kesian kepada Jamal...sudahlah tidak dipilih sebagai calon dalam pilihanraya kecil Sungai Besar beberapa bulan lalu yang memungkinkan beliau hari ini sudah bergelar Yang Berhormat, sekarang pula perjuangannya bersama NGO Gerakan Baju Merah seolah-olah langsung tidak dihargai.

Sabor jelah Jamal...
#

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: