Khamis, 1 September 2016

Pemimpin PAS tak hairan Husam sertai AMANAH

KOTA BHARU: Penyertaan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam Amanah tidak menjejaskan PAS, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu malam tadi.

“Nak tahu kuat ke, tak kuat ke, tunggu pilihan raya umum nantilah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebangsaan 2016 di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh di sini, hari ini.

Husam, yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya malam tadi.

Beliau dipecat keahliannya dalam PAS pada April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu sedia berdepan dengan mana-mana parti termasuklah Amanah pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata keputusan Husam untuk menyertai Amanah pilihannya sendiri selepas dibuang daripada PAS sebelum ini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kelantan tunggang langgang dia tak beri komen. tidur agaknya...

bila YB Husam masuk Amanah terus jadi org pertama yg komen...

lebih baik kamu buat kerja kamu sbg menteri besar yg dah naik gaji wlpn ramai rakyat yg masih susah kena banjir.