Selasa, 27 September 2016

Menarik pagi ini

Setelah menyaksikan sendiri sambutan rakyat Kelantan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) setelah Husam Musa secara rasmi berada dalam parti itu ia merujakan saya untuk melihat macam mana pula senarionya di negeri Johor Darul Takzim. Apakah ledakan semangat di Salor akan melantun ke Johor?
Setakat ini saya mengira sambutan terhadap Amanah di Kelantan (yang saya bataskan dalam zon Pantai Timur) cukup memberangsangkan. Semangat rakyat khasnya anak-anak muda yang sedikit sejuk dan semacam “tumpul nafsu” sebelum ini bertukar 360 darjah. Kelewatan Husam mengambil sikap menyebabkan mereka menjadi dingin dan rasa “putus angin”.
Perkembangan berlaku di Kelantan memberi isyarat awal kepada parti agama (Pas) di negeri itu. Pas tidak lagi boleh meremehkan parti berusia setahun itu dan juga pemimpin de facto nya di Kelantan Husam Musa. Mungkin Pas boleh membuat semakan semula kepada sikap “agah” dan “angin”nya selama ini yang enggan menjeling Amanah walaupun dengan sebelah mata.
Di Pantai Timur Pas oleh bertahan dan berpuasa hati dengan pengaruhnya di Terengganu dan sedikit di Pahang. Amalan politik dan sifat “Terengganusime” masih boleh mampu mengukuhkan kedudukan parti itu selagi masih ada saki baki pimpinannya yang menerima kuliah dari “Kubang Lembek”.
Tetapi untuk Kelantan Pas kena beringat kalau pun mahu melupainya terus. Ini adalah pandangan di luar keanguhan dan rasa hebat diri. Terpulang.
Gara-gara itu maka apabila Amanah mengadakan kernival dan kemuncak sambutan ulang pertama penubuhannya di Sungai Abong Muar Johor, tanggal 23 dan 24 September 2016 ia merujakan saya untuk menyaksikan sendiri apa yang berlaku.
Apakah majlis itu bakal mengwujudkan gelombang baharu di Johor sebagai sambungan kepada gema di Kelantan? Apakah “geruk” (guruh) yang sudah “berkokok” (berbunyi) di Kelantan itu akan menurunkan hujan lebat di Johor?
Saya jadi berminat untuk menyaksikan sendiri, kerana seperti mana diketahui gagasan atau cetusan menubuhkan Amanah ia bermula di Bakeri Muar Johor rentetan terbentuknya Gerakan Harapan baharu (GBH).

Di bumi itulah terbenihnya Amanah yang kini sudah melembagakan sebuah pokok yang dahan dan akarnya menjalar ke seluruh negara hingga Sabah dan Sarawak.
Amanah3Semasa himpunan GHB di Bakeri dipelopori 18 pemimpin Pas yang dibuang dalam muktamar dua tahun lepas itulah terbenihnya Amanah. Di situlah tercetusnya idea untuk mengagaskan sebuah gerakan atau wadah baharu bagi mereka yang terbuang itu meneruskan perjuangan membela rakyat dan menumbangkan politik “sengkekisme” UBN.
Pada majlis itu saya tidak hadir atas sebab dan alasan tersendiri. Saya tidak mahu bersubahat memberi sokongan moral kepada penbubuhan gerakan untuk menentang Pas. Bagi saya tidak wajar ada satu fraksi baharu dalam Pas kerana itu boleh melemahkan parti agama itu.
Tindakan itu juga menyedihkan kerana pada saat Pas diharap menjadi parti alternatif kenapa ia harus terbelah dua. Saya berpendapat pemimpin yang kalah patut memberi ruang kepada pimpinan baharu menunjukkan keupayaan mereka dan meminimakan rasa dendam. Sebab itu pada awal saya berpendapat penubuhan GHB – Amanah sesuatu yang kurang wajar.
Itu sebab saya tidak hadir. Jadi apabila majlis sambutan ulang tahun itu di buat di daerah sama, saya mahu tonton apakah semangat sambutan kepada Amanah sama atau melebihi daripada apa yang berlaku setahun lalu itu.
Mengagahi diri
Makanya walaupun dalam keadaan diri masih belum sihat sepenuhnya saya mengagahi diri juga untuk sampai ke majlis itu. Jaraknya dari rumah saya sejauh 187 km. Inilah perjalanan berkereta dalam negeri paling jauh saya tempuhi sejak sembilan bulan lalu.
pak%2BsamadSaya ke sana bukan apa kerana saya tidak mudah percaya kepada gambaran-gambaran dan cerita menerusi media sosial mengenai sambutan terhadap Amanah dewasa ini. Saya seorang yang tidak mudah percaya kepada cerita sekadar “dengar-dengar” tetapi harus melihatnya dengan mata kepala sendiri. Saya berpegang kepada prinsip menulis tentang sesuatu yang kita alami, lihat dan berada dalam sesuatu event itu.
Sepanjang perjalanan saya itu ada sesuatu yang menunjal-nunjal dalam diri saya apabila terkenang kepada zaman Pas merangkak di Johor akhir tahun persis 70-an dahulu.

Betapa susahnya Pas untuk mengembangkan sayap dan berdiri tegak di Johor ketika itu. Kerana teringat itu menyebabkan saya terfikir apakah Amanah dapat bergerak lancar tanpa halangan dan kerenah politik tahun 70-an.
Johor adalah lubuk dan kubu Umno. Betapa seksanya Pas untuk bergerak ketika itu. Walaupun Pas sebuah parti Islam (agama), namun bukan mudah rakyat Johor untuk meninggalkan Umno parti nasionalis itu.

Semangat kenegerian orang Johor cukup kuat sehingga dikenali dengan bangsa Johor. Bangsa Johor maksudnya orang Johor yang ada identiti, ada pegangan dan ada political will tersendiri. Jadi apabila mereka menerima Umno yang kebetulan ditubuh dalam Istana Abu Bakar menyebabkan mereka menjadikan Umno sebagai sebahagian kerabat di Raja Johor. Melawan Umno seakan melawan raja.
Kerana kengkangan dan penolakan itulah ceramah Pas waktu itu tidak pernah mendapat sambutan. Dalam siri ceramah yang sempat saya hadiri khususnya di sekitar Batu Pahat tidak pernah ada ceramah Pas dihadiri mencecah 100 orang. Paling ramai sekitar dua tiga puluh sahaja. Itulah nasib Pas dan jumlah itu sudah lumayan.
Kerana Amanah parti baharu saya mengcongak sendirian ia mungkin akan menjadi seperti Pas di empat atau lima dekad lalu berhadapan dengan penolakan dan cemuhan rakyat. Walaupun era ini sudah berubah tetapi ia tetap menimbulkan kurang yakin saya kepada sambutan terhadap Amanah. Apa lagi bila mendengar cercaan dan ejekan kepada Amanah, ia akan berkubur tidak sampai enam bulan, membuat sedikit sebanyak saya terkesan. Lantaran itu saya mahu menjadi saksi kepada perkembangan atau pun kekuncupannya.
Saya mahu menulis dan mengulas realiti mengenai politik bukan dengan naluri imiginasi dan retorik. Saya sebagai pelapor harus berdiri atas garisan lurus dengan penuh keadilan dan waras.
Begitu sampai di perkaragan tempat berlangsungnya majlis itu ia menjadikan saya terkaku seketika apabila melihat suasana persekitaran di majlis itu kemas dan rapi sekali. Terdapat banyak bazar atau gerai perniagaan. Ia benar-benar menyerlahkan sebuah karnival. Puluhan buah kenderaan, kereta dan motosikal sedang menghala ke tempat kernival berkenaan. Lalulintas pula siap dikawal oleh petugas khas yang memakai baju tertulis Arif.
Sebelum tiba ke lokasi itu saya singgah di sebuah gerai jualan buah-bauhan untuk membeli ubi kayu dan terserempak dengan sekumpulan lima orang berpakaian baju Oren. Mereka memperkenalkan diri dan memberi tahu datang dari Lekir, Setiawan Perak. Kata salah seorang daripada mereka, mereka sudah mula bergerak untuk pulang.
Mendengar itu terbata-bata tanda soal dihati kenapa mereka harus pulang sedangkan majlis, Gema Amanah akan bermula beberapa ketika sahaja lagi. “Kena pulang dahulu kami sejak kelmarin lagi di sini,” jelas salah seoran darinya. Oh..

Amanah4Mendengar itu hati saya tiba-tiba “diketik” rasa sebak dan sayu. Betapa mereka sanggup datang dari jauh untuk meraikan hari jadi parti mereka. Kesanggupan itu menjelaskan daya juang dan pengorbanan mereka cukup tinggi dalam usaha menumbangkan kerajaan kini yang rakus. Mereka adalah orang-orang yang ulit dan rajin dalam perjuangan serta tidak pernah berputus asa. Kenapa tidak, melihat usia mereka rata-rata lebih 60 tahun ke atas seharunya mereka tidak berpergian jauh lagi dan tidak pula menukar wadah perjuangan.
Itulah saya katakan mereka ulit dan rajin. Mereka tidak menghitungkan segala kelelahan itu. Bagi mereka perjuangan perlu diteruskan hingga ke akhir hayat. Dan menukar wadah jika ia perlu dan terpaksa, wajar dilakukan. Mereka saya yakin beristiqamah dengan prinsip perjuangan dan bukan beristiqamah dengan wadah perjuangan. Apabila mereka lihat wadah dulu (Pas) sudah berubah hala tuju dan prinsipnya melencong maka mereka sanggup menukarnya kepada wadah (Amanah) untuk mengutuhkan prinsip mereka.
Melihat kepada sekawan warga emas itu mengingatkan saya kepada arwah orang tua saya, ayah dan bapak mertua yang menjadi penyokong dan pejuang ulit kepada Pas. Di mana sahaja ada majlis Pas, pidato, muktamar dan sebagainya mereka tidak pernah ketinggalan. Mereka akan mencuba juga untuk hadir walaupun ratusan batu jaraknya. Setiap ada majlis mereka tidak alpa hulurkan derma sesen dua. Sikap dan semangat itulah menyebabkan Pas berkembang sampai ke hari ini. Pas menjadi hebat dan gah kerana kegigihan penyokongnya.
Berkapala dogol
Sebaik saya melangkah memasuk ke kawasan karnival Azan Magrib berkumandang dan menuju ke masjid berdekatan. Di masjid sekali lagi keadaan merujakan saya. Penuh dengan jemaah yang kebanyakan berbaju warna Oren. Cuma sedikit berbeza di atas kepala tidak ada kopiah atau serban berbelit reribu, semuanya berkepala dogol. Inilah menyebabkan ahli Amanah dituduh sekuler? Sekali lagi di sini saya terkedu kalaulah tidak berlaku perpecahan dalam Pas pasti masjid itu akan penuh dan padat dengan jemaah berkopiah putih?
Realiti tempat berlangsungnya majlis sambutan itu meleset dengan apa yang saya bayangkan. Saya mengira ia diadakan di tanah lapang di bawah khemah yang serba dhaif. Saya tidak menduga ia diadakan di sebuah dewan konvensyen yang berhawa dingin dan punya peralatan bunyi dan penataan cahaya yang canggih.
Tempat dan peremis ini sahaja sudah menyerlahkan akan kehebatan dan profesionalismenya Amanah. Dari sini saya mengagak parti ini mudah berkembang di Johor dan sambutannya sangat pantas. Berbeza dengan apa dialami Pas Johor awal tahun 70-an hingga membawa ke zaman sebelum Reformasi.
Saya tidak mengira secara pasti berapa gerai atau both yang tersendia. Tetapi jumahnya melebihi 50 buah both hampir semua dipenuhi pelanggan. Untuk melincinkan perjalanan majlis itu ada sebuah bilik khas untuk seketerait mengurus apa-apa yang perlu. Gerai makan, peralatan aksesori parti, baju T dan sebagainya juga disediakan. Pendeknya kemeriahan dan susana saling tidak ubah dengan majlis atau keramaian Pas. Ini semua menunjukkan kemampuan Amanah sebagai sebuah parti baharu melebihi daripada daya usianya.
Sambil meninjau saya berjumpa dengan Salahuddin Ayub sedang makan dengan beberapa pimpinan peringkat Johor dan juga penasihat Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin di sebuah gerai. Sekejap kemudian A Samad Said menjenguk masuk dan dituntun untuk berada di sebelah Salahuddin. Kami sama-sama makan nasib “ambeng”. Saya sempat membuat rakaman live mengenai gelagat mereka yang humble dan tidak pernah memikirkan soal darjat dan prestaj menerusi facebook.
“Tahniah…,” saya menghulurkan ucapan salam kepada Timbalan Presiden Amanah itu. Sallehuddin menyambut dengan penuh bersemangat dan terharu. Dia memahami ucapan tahniah saya itu.
“Kalau begini Amanah ada masa depan, Din. Amanah baharu berusia setahun berbanding dengan “abang”nya sudah berusia 63 tahun.” Kata saya dibalas dengan senyuman yang puas.
Pada malam semalam diadakan pidato dengan menampilkan sama presiden penaja PPBM Muhyiddin Yassin. Sambutannya hangat (dewan yang mengikut perkiraan saya dapat memuatkan 2,000 penuh), beritahu Salahuddin.
Iya kehadiran Muhyiddin merupakan satu bonus buat Amanah. Ia juga tentu sudah diatur oleh Rabb. Pemimpin atau pengerak Amanah Johor kehilangan rakan semasa dalam Pas, tetapi kehadiran Muhyiddin adalah sebagai ganti. Mungkin kehadiran Muhyiddin dan tertubuhnya PPBM menjadikan Amanah lebih maju dan dapat mempercepatkan proses menakluki Johor. PPBM akan menjadi kerabat Pakatan Harapan dan menambahkan anggota komponennya.
Dari pemerhatian saya dengan mengambil kira gambaran sambutan majlis itu daripada mereka yang hadir sehari sebelumnya bahwa Amanah berpotensi untuk menapak lebih gagah dan gah lagi di Johor. Apa lagi dengan ada kombinasi bersama Muhyiddin (PPBM), PKR dan DAP yang sedia ada, ia mempercepakan perkembangannya dan menyemakkan lagi harapan orang ramai untuk melihat kerajaan Johor akan berubah. Apa lagi kalau Pas juga sedia bersama, kejatuhan BN sudah pasti.
PPBM mungkin belum begitu ketara lagi kekuatannya kerana ia masih dalam peringkat penyusunan dan pembentukkan organisasi di semua peringkat. Tetapi tunggulah sesudah semua beres nanti apabila parti itu dilancarkan masa itulah kedudukan sebenar PH di Johor akan dapat dibuat pengukuran sebenarnya. Setakat ini yang dapat saya buat konklusi Amanah sedang bergerak dan akan dianggap sebagai kuasa politik baharu di Johor.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: