Sabtu, 13 Ogos 2016

Wanita Rusia dakwa dirogol Pokemon

MOSCOW, RUSSIA – Seorang wanita telah membuat laporan polis mendakwa dia telah dirogol oleh raksasa Pokemon di rumahnya di Moscow.

Wanita berkenaan mendakwa sebelum tidur dia telah bermain Pokemon Go dan apabila terjaga dia mendapati terdapat Pokemon besar sedang menghempap badannya.

Pokemon itu menurutnya, kemudian hilang sebaik sahaja dia bangun dari katil namun dalam aplikasi Pokemon Go di telefon bimbitnya, dia masih dapat mengesan kehadiran karakter berkenaan secara maya di katilnya.

Dia kemudian mengejutkan suaminya namun lelaki itu memberitahu polis, dia tidak percaya cerita isterinya dan meminta wanita itu berjumpa psikiatrik.

Polis juga dalam masa yang sama tidak mempercayai laporan wanita terbabit dan memberitahunya bahawa mereka tidak dapat menolongnya.

Dalam pada itu, rakan wanita terbabit, Ivan Makarov berkata wanita itu memaklumkan terdapat banyak Pokemon di rumahnya dan anjing juga boleh mengesannya malah anjingnya akan menyalak tatkala dia bermain permainan terbabit.

Menurut Makarov, rakannya itu menerima nasihat suaminya dan telah membuat temujanji dengan psikiatrik.

http://www.dailymail.co.uk/news/arti…e-bedroom.html

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: