Jumaat, 26 Ogos 2016

Tutup sana, tutup sini, pecat sana pecat sini

Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan sama ada tindakan Datuk Seri Najib Abdul Razak sepadan dengan penegasan perdana menteri tidak bersalah dan tidak kena mengena dengan skandal 1MDB.

"Seseorang yang tidak bersalah tidak akan membataskan siasatan polis hanya kepada aspek tertentu, pecat timbalannya, pecat Peguam Negara dan lain-lain," kata Zaid dalam blognya hari ini.

Ujar beliau, walaupun begitu, mereka yang berhati batu tetap mempertahankan perdana menteri dan menerima bulat-bulat setiap tutur katanya.

"Di Malaysia, kita ada orang berhati batu yang tidak mahukan siasatan polis yang bebas. Mereka lebih selesa jika ia tidak dilakukan atau hanya dilaksanakan separuh jalan.

"Apa yang kita ada ialah mereka yang mengiyakan segala apa yang dikatakan oleh perdana menteri sebagai benar. Apabila perdana menteri kata ia adalah sumbangan Arab Saudi, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjawab: 'Ya, memang benar'.

"Ini bukan sesuatu penyiasatan, ia adalah tutup kes. Tutup sana, tutup sini, pecat sana pecat sini," jelas beliau lagi.

Tambah Zaid, mereka yang berhati batu dalam Umno dan PAS dengan mereka seolah-olah tidak memahami apa yang perdana menteri telah dilakukan.

Beliau menggesa mereka untuk membaca penemuan siasatan Biro Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat yang memperincikan bagaimana lebih AS$3.5 bilion boleh lenyap daripada 1MDB.

Baru-baru ini, Zaid menyeru Najib agar menyahut cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat di televisyen.

"Mengapa Najib takut untuk berdebat Tun M (Mahathir)?" tanya Zaid lagi.

"Saya fikir beliau sentiasa tenang dan yakin atas kesnya. Itulah yang beliau beritahu (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Musa (Hitam) dan mereka lain yang rapat dengannya.

"Oleh itu, berilah kami rakyat biasa mendengar PM patahkan hujah Tun M satu demi satu," kata Zaid lagi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: