Isnin, 29 Ogos 2016

Tajuddin tunjuk ‘hero’, lupa orang tua yang menolongnya

Datuk Ibrahim Ali mengingatkan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman supaya tidak tunjuk “hero” tetapi menghormati orang tua yang penah menolongnya dalam karier politik.

Presiden Perkasa itu berkata demikian membidas kenyataan Tajuddin semalam yang menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad berbohong mengenai isu menandatangani surat penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Biarlah ada rasa hormat pada orang tua yang sebelum ini menolongnya. Walaupun ada perbezaan pendapat, tak payahlah tunjuk ‘hero’ secara tidak bertempat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya, seseorang ditahan di bawah ISA atas cadangan pihak keselamatan yang membuat pemantaun dan hasilnya dibincang dalam kalangan anggota jawatankuasa di bawah pengawasan Ketua Polis Negara dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.

“Secara rasionalnya adalah menjadi formaliti Menteri dan Timbalan Menteri untuk menandatangani cadangan tetapi yang membuat sebarang keputusan adalah pihak yang bertanggungjawab kepada keselamatan negara. Seseorang kena faham inilah prosedur atau cara operasinya,” tambah Ibrahim.

Katanya, Tun Mahathir memberi nyawa politik kepada Tajuddin selepas Ibrahim sendiri berjumpa dan merayu beberapa kali.

“Tiga kali saya bangkit di mesyuarat Majlis Tertinggi agar Tajuddin Rahman di terima kembali menjadi ahli Umno,” kata Ibrahim.

Malah tindakannya itu juga menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi Timbalan Presiden dan Pengurusi Pengurusan Umno naik radang terhadapnya (Ibrahim) kerana membela Tajudin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi.

Selepas Pilihan Raya Umum pada 1999 Ibrahim sekali lagi bertemu Dr Mahathir untuk melobi agar Tajuddin Rahman dipilih menjadi calon dan akhirnya Tajuddin dapat bertanding di Sungai Manik.

Semalam, Tajuddin berkata Dr Mahathir yang cuba membersihkan namanya berhubung isu tanda tangan surat penahanan ISA walaupun ia tidak boleh diterima kerana hanya Menteri Dalam Negeri, yang ketika itu disandang beliau yang berkuasa mengeluarkan arahan penahanan tersebut.

Tambahnya, selaku tahanan ISA untuk disoal siasat pada 1987 ketika Operasi Lalang beliau yakin Dr Mahathir yang mengeluarkan arahan untuk penahanan itu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: