Khamis, 18 Ogos 2016

Saya bukan pengecut

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata baginda bukan jenis yang suka menyembunyikan masalah atau hanya mahu bercuti percuma atau melobi projek seperti dilakukan sesetengah pemimpin tertentu.

Katanya, baginda akan bersuara, menjelaskan kebimbangan dan membincangkan bagaimana sesuatu masalah yang melanda negara harus dikendalikan, sekali gus berkongsi pandangannya mengenai perkara itu.

Dalam temu bual dengan pemilik Kelab JDT yang disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers hari ini, TMJ berkata baginda juga bukan pengecut, dan lebih suka berterus terang dalam menangani masalah yang dihadapi dengan segera.

“Kelebihan saya ialah saya mampu untuk berhadapan dan membincangkan masalah tersebut, mengendalikannya secara ‘gentlemen’.

“Saya tidak bersembunyi di sebalik komputer dan hanya menulis di laman Facebook dan saya pasti bukannya seorang pengecut, yang membaling batu, sembunyikan tangan.

“Saya lebih suka berterus terang dan menangani masalah yang saya hadapi dengan seberapa segera,” katanya.

Dalam temu bual itu, baginda turut mendedahkan hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dan katanya mereka saling bertukar pendapat.

Dalam pertemuan itu, baginda meluahkan segala kebimbangan terbuku di dalam hatinya berhubung kemelut yang berlaku dalam negara serta situasi politik terutama di Johor, akhir-akhir ini.

“Saya ingin tahu apakah dasar dan prinsip kerajaan. Saya juga bersuara berkenaan dalam memberi peluang kepada generasi muda yang berbakat untuk memainkan peranan lebih besar dalam membina negara ini,” katanya.

Sementara itu, baginda turut mengulas kontroversi yang dicetuskannya berkait salah guna kuasa yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan menyifatkan biarlah dirinya dan FAM membuat penyelesaian kepada isu itu.

“Saya tidak akan mendedahkan orang yang memberikan maklumat tersebut kepada saya. Saya nak tahu apa cerita dan dalam masa sama saya perlu selamatkan orang yang memberikan saya maklumat.

“Apa yang saya tahu, itu antara saya dan apa yang perlu diperbincangkan adalah antara saya dan FAM. Yang orang lain hendak menyibuk ambil tahu ini kenapa?

Pada saya, individu yang tidak bertanggungjawab dan masih berada di dalam organisasi itu sepatutnya berundur,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: