Rabu, 31 Ogos 2016

Husam sah sarung baju oren

CYBERJAYA - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengumumkan secara rasmi beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Berucap dalam majlis Makan Malam Ambang Merdeka bersama beliau di restoran My Taste, Cyberjaya Husam berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau membuat pembaharuan dalam politik tanah air.

"Saya kini sudah meninggalkan jersi Pas. Saya berdiri kerana ALLAH, pada hari ini saya serahkan diri pada perjuangan Amanah," katanya di sini hari ini.

Antara yang hadir dalam majlis itu Presiden Amanah Mohamad Sabu,Timbalan Presiden Salahuddin Ayub kepimpinan tertinggi Amanah seluruh negeri,pimpinan DAP dan lain-lain.

Sebelum itu, Muhammad Sabu dalam sidang medianya menyatakan, beliau menyambut baik keputusan Husam itu.

"Kita sambut siapa sahaja yang mahu menyertai kita," katanya.

Husam dipecat daripada Pas pada 6 Mei lalu selepas dilihat tidak lagi seiring dengan parti Islam itu, selain seringkali mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kini, selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam telah mengumumkan secara rasmi beliau menyarung 'jersi oren' untuk meneruskan perjuangan beliau dalam arena politik negara.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: