SHAH ALAM: Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad bersetuju menunjuk perasaan secara aman diharuskan dalam Islam, tetapi berkata ia mesti dibenarkan kerajaan.
“Dari segi hukum, jika ia mendapat kebenaran dan tidak melanggar undang-undang, perhimpunan aman adalah harus,” katanya ketika dihubungi.
“Jika melanggar peraturan, tentulah haram,” katanya diminta mengulas penganjuran #TangkapMO1 oleh sekumpulan aktivis siswa di ibu negara Sabtu lalu.
Sebelum ini, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata himpunan itu bertentangan dengan ajaran hadis yang menurutnya menekankan taat kepada pemimpin selagi tidak mengajak kepada perkara mungkar.
“Pandangan ulama berlandaskan agama. Jika tidak setuju dengan saya, maknanya tidak setuju dengan hadis,” jelasnya.
Lebih 2,000 orang, kebanyakannya belia bawah umur 30 tahun, menyertai tunjuk perasaan yang mendesak pihak berkuasa mengenalpasti dan mendakwa Malaysian Official 1 (MO1), yang disebut dalam laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengenai dakwaan penggelapan wang 1MDB.
Mereka berkumpul walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup kawasan di sekitar Dataran Merdeka, menyebabkan peserta mengelilingi padang itu.
Shukri berkata, peraturan perlu dipatuhi walaupun untuk berdemonstrasi.
“Negara kita ada undang-undang. Maka jika nak anjur demonstrasi, perlulah mengikut peraturan,” katanya.
Menurutnya, rasuah sememangnya ditegah Islam tetapi setiap dakwaan perlu disiasat terlebih dahulu.
“Kita tak boleh nak tangkap seseorang itu sebelum didapati bersalah. Kalau sudah disiasat dan berpuas hati (dengan hasil siasatan), barulah boleh dibawa ke mahkamah.”
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
4 respon:
Bila yg gila bercakap..
Apakah ketika ameno mengadakan demonstrasi pada 1946 menentang Malayan union dahulu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa British??
Makanya, amenolah yang telah mengajar rakyat Malaysia berdemonstrasi sebenarnya.
Hidup umno
haram makan gaji dari hasil cukai terhadap barang2 tak halal
Catat Ulasan