Selasa, 16 Ogos 2016

Dulu Pahlawan Bugis, Sekarang Halilintar .... DOJ Batuk Je Tak Cukup Tanah Lari

Biar halilintar membelah bumi ..... hahaha.... bab cakap retorik serah kat Najib ! Tertunggu juga Najib nak ungkit balik darah pahlawan Bugisnya, sejak Nothing2Hide tahun lepas, Najib seakan dah lupa asal usulnya. Kapal layar ada kat mana dah sekarang ? Takkan kena rampas DOJ juga ? Rasanya dalam senarai harta rampasan DOJ tak ada disebut kapal layar Bugis ....

"Janganlah ganggu saya, saya bertanggungjawab terhadap 30 juta rakyat. Biar halilintar membelah bumi, saya tidak akan berundur walau seinci...tidak berundur, tidak menyerah.

"Kita berada di landasan yang betul dan benar. Kalau ada yang tidak betul, kita betulkan bersama tapi jangan sampai meruntuhkan institusi politik kita,"

Dah dekat sebulan sejak DOJ gegarkan dunia dengan dakwaan Najib selaku MO1 yang terlibat sama dalam skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia, iaitu turut menerima habuan RM2.6 bilion dari duit 1MDB yang sepatutnya dijadikan modal membangunkan TRX.

Hanya orang bodoh saja yang tidak kenal siapa MO1, seperti kata Rahman Dahlan. Tapi kepada orang2 bodoh yang masih kata MO1 itu bukan Najib, bacalah perenggan dari DOJ ini -

... in August 2013, a sum of USD620 million (RM2.03 billion) was returned by ( MALAYSIAN OFFICIAL 1 ) .....

DOJ merujuk kepada perenggan 4 kenyataan media AG pada 26 Januari lalu yang berbunyi -

4. Tambahan pula, dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah USD620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh YAB PM kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

Itu selain dari beberapa definasi lain yag diberikan DOJ iaitu MO1 adalah pegawai tertinggi kerajaan Malaysia, berkuasa dalam 1MDB dan punya pertalian dengan Reza Aziz. Patutlah Rahman Dahlan pun setuju mereka yang masih tidak kenal siapa itu MO1 adalah BODOH.

Namun di sebalik kata2 retorik Najib yang gah bunyinya, apa yang rakyat nampak adalah seorang pemimpin yang PENAKUT, seorang pemimpin yang mengelak dari berdepan dengan dakwaan dari DOJ itu.

Ya, Najib MO1 tidak didakwa di Amerika tapi dalam saman DOJ itu jelas mengaitkan beliau dalam skandal kewangan 1MDB !

Tidak pernah walau sekali pun Najib tampil mempertahankan dirinya dari dikaitkan dengan dakwaan DOJ itu. Sepatutnya Najib tampil berkata - Ya, saya adalah MO1 tapi saya menafikan ada menerima wang bersumberkan dana 1MDB. Tarik balik dakwaan itu dan mohon maaf atau saya akan saman !

Apa yang kita dengar adalah cubaan keanak2an dari Najib dan macai2nya untuk mengaitkan tindakan DOJ itu sebagai satu campurtangan asing.

Tak pun, ikut cara Tun Mahathir dulu ..... sepertimana yang disebut oleh Rahman Dahlan sebelum ini ( KLiK ) bagaimana Tun Mahathir telah menempelak fitnah WSJ di New York semasa Persidangan Bangsa2 Bersatu tahun 1986 dulu !

Begitu juga dengan AG ..... jelas dakwaan DOJ itu menafikan kenyataan beliau pada 26 Januari yang membersihkan Najib dari sebarang salahlaku berkaitan RM2.6 bilion, tapi ada kita dengar AG keluarkan kenyataan protes kepada kerajaan Amerika khususnya DOJ ?

Merujuk kepada kenyataan Najib di atas -

"Kita berada di landasan yang betul dan benar. Kalau ada yang tidak betul, kita betulkan bersama tapi jangan sampai meruntuhkan institusi politik kita,"

Maka .... BETULKANLAH KEADAAN !  Tapi jangan heret rakyat Malaysia bersama anda. Ini adalah masalah peribadi anda, maka perbetulkanlah.

Masa dapat duit, sorang2 ...... senyap2 jer pi belanja sakan. Itupun sampai sekarang tidak ada satu pun bukti dikemukakan Najib tentang perbelanjaan menggunakan dana itu. Sekarang bila dah kantoi, pandai pula nak heret parti Umno, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, konon itu adalah masalah kita semua .... piiiraaaaah !

Oya, Najib kata RM2.03 bilion telah dipulangkan ..... YA, memang BENAR duit sebanyak itu telah dikembalikan kepada syarikat Tanore di Falcon Bank. Tapi apa buktinya yang duit itu dikembalikan kepada penderma ?

DOJ mengesahkan pemulangan wang itu tapi DOJ juga kata Tanore adalah milik Eric Tan Kim Loong dan Eric bersama Jho Low dibukti melalui dokumen2 dan penyata2 kewangan, telah membelanjakan wang yang ada dalam akaun Tanore untuk membeli pelbagai aset mewah yang mana kebanyakan yang berada di Amerika sedang disita oleh DOJ.

Hairan ..... adakah Jho Low menjadi proxy kepada MO1 untuk parking wangnya di merata dunia ?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Najib lari??