Isnin, 29 Ogos 2016

Apakah Pengurusan 1MDB MangkukHayun Atau Mereka Terpaksa Jadi MangkukHayun ?

Pengurusan 1MDB mangkuk hayun ? Hahahahaha .....Rakyat yang faham tentang skandal 1MDB dah lama sebut, malah lebih teruk dari mangkuk hayun lagi.  Kerana 1MDB tak berguna satu sen pun kepada rakyat dan negara ! 1MDB HAMPEH !

Cuma bila seorang Menteri sendiri yang sebut, apatah lagi Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga 1MDB juga memangkukhayunkan 1MDB, kenyataan itu pastinya menarik perhatian rakyat.

"Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun.

Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.

"Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan.

Adakah Johari nak katakan yang pihak pengurusan yang sebelum ini dijulang sebagai yang terbaik untuk mengemudi 1MDB sebenarnya tidak layak ? Tapi ......

SIAPA YANG LANTIK MEREKA ?

Sekarang kita dah tahu banyak cerita tentang 1MDB ( walaupun masih banyak yang disorokkan ) dan kita tahu bagaimana pihak pengurusan telah BERULANGKALI melanggar arahan pihak lembaga pengarah dan kesemuanya melibatkan transaksi2 yang akhirnya menjadi isu2 utama skandal 1MDB, contohnya kerjasama 1MDB-Petrosaudi, berkaitan pembelian IPP, Goldman Sachs, berkaitan Aabar BVI, berkaitan penggunaan dana tidak mengikut tujuan pinjaman dibuat ....  BERULANGKALI berlaku .... tidakkah itu suatu yang pelik?

Dah nampak kemangkukhayunannya pengurusan yang ada, tapi dikekalkan juga ? Kemudian diulang lagi, dan lagi ... so siapa yang periuk hayun ?

KECUALI sememangnya ditagih kemangkukhayunan itu ada pada pengurusan 1MDB ? Kerana dari awal lagi 1MDB ini sudah ditarget untuk menjadi lubuk emas kepada pihak2 yang tidak bertanggungjawab.

Makanya, MangkukHayun itu adalah satu kriteria utama untuk berada dalam pengurusan 1MDB.

"Kalau bisnes bagus, sudah pastilah orang-orang berjawatan ini akan mendabik dada tetapi bila dah lingkup, tak ada pula yang nak bertanggungjawab sehingga Najib yang terpaksa menghadapi semua permasalahan,"

Well .... apakah Johari dah lupa perkara 117 ? ( di mana setiap transaksi besar perlu mendapatkan kelulusan Pengerusi Penasihat @ Menteri Kewangan @ PM
)
Sebaik mana pun pengurusan tapi dengan adanya kuasa veto 117, mereka terikat. Tidak timbul soal keuntugan bisnes atau adakah satu2 keputusan itu sudah melalui due diligence, semuanya kena akur kepada 117.

So .... nampak bijak kan Johari dengan kenyataannya di atas ..... Dalam menghentam pengurusan 1MDB, yakni mengikut arus pendirian rakyat, waktu sama Johari melencongkan tumpuan kemarahan rakyat daripada Najib, orang yang seharusnya bertanggungjawab penuh dalam skandal 1MDB.

"Saya tahu Najib tak bersalah selagi belum ada bukti yang mengatakan beliau bersalah.

"Bukan sebab beliau Perdana Menteri tetapi saya tahu apa yang dilakukan oleh beliau semuanya benar belaka dan saya dan semua ahli Umno wajar mempertahankan beliau,"

Nampak kan ?
 
Tapi untuk memangkukhayunkan pengurusan 1MDB, adakah Johari ada bukti ? Jika ada, maka selidiklah siapa sebenarnya yang menjadi dalang atau siapa sebenarnya yang menjadi perencana skandal 1MDB itu.

Kalau dalam urusan duit ada money trail ( jejak wang )nya, begitu juga dalam urustadbir sesebuah organisasi atau syarikat, akan ada jejak authority nya.

Siasatlah kenapa pengurusan 1MDB itu boleh jadi mangkukhayun ? Kemungkinan besar mereka terpaksa jadi mangkukhayun sebab ada periuk hayun yang mengarahkan mereka !

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Harap dpt senaraikan nama2 dan muka2 ahli lembaga pengarah...ceo..dan penasihat 1MDB yg namgkok hayun tu. Biar rakyat kenal sekor2 barua yg melesapkan duit rakyat. Mereka ni mmg barua yg tak bertanggung jawap.