Isnin, 18 Julai 2016

PATUTLAH 'KOTOR' NAJIB PUN TAK NAMPAK!!

Dua  pemimpin UMNO (kali ini malas nak sebut nama) memberi ulasan yang agak pelik berhubung parti baru yang akan ditubuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Seorang daripadanya berkata, dengan penubuhan parti baru itu ia merupakan tamparan buat PKR, DAP dan Amanah kerana ia menunjukkan ketidakyakinan bekas Perdana Menteri itu terhadap ketiga-tiga parti sedia ada itu.

Kalau Tun Mahathir yakin dengan rakan-rakan dalam pembangkang, beliau tidak perlu keluar daripada persaraannya untuk menubuhkan parti sendiri, kata pemimpin tersebut.

Seorang lagi pemimpin UMNO pula berkata, penubuhan parti baharu itu sebagai bukti Pakatan Harapan tidak menerima Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz, untuk menyertai mana-mana parti sedia ada.

Kata pemimpin terbabit, Pakatan Harapan tidak sedia menerima pemimpin seperti Tun Mahathir kerana tahu niatnya menyertai pakatan berkenaan adalah untuk menaikkan anaknya, Mukhriz.

Tidakkah komen dan reaksi kedua-dua pemimpin tersebut kelihatan pelik?
 
Apakah sebagai menteri, mereka tidak sedar bahawa penubuhan parti baru itu telah pun dialu-alukan oleh Pakatan Harapan sebelum pun ia ditubuhkan lagi?

Tidakkah kedua-dua menteri itu sedar bahawa selepas Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan, bekas Perdana Menteri itu sudah membuat pengumuman bahawa sebuah gabungan pembangkang baharu melihatkan PKR, DAP, Amanah dan parti yang akan ditubuhkannya akan muncul untuk menyaingi BN dalam pilihanraya akan datang?

Lebih dari itu, meskipun dengan adanya parti baharu, ia bukan bermakna wujudnya permusuhan atau perselisihan sesama sendiri, sebaliknya tetap bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menentang BN.

Dengan semua alasan itu, maka di mana munasabahnya hujah kedua-dua menteri terbabit?

Penubuhan parti baru sama sekali tidak ada kena kaitan dengan soal ketidakyakinan Tun Mahathir untuk menyertai PKR, DAP dan Amanah atau sebagai bukti Pakatan Harapan tidak mahu menerima kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke dalam mana-mana parti.

Penubuhan parti baru itu sebenarnya lebih bertujuan untuk meluaskan lagi jangkauan sokongan di kalangan rakyat, di samping mengekalkan sokongan sedia ada untuk menghadapi BN dalam pilihanraya akan datang.

Bukankah lagi banyak parti lagi meluas jangkauan sokongan yang boleh dicapai?

Jika kewujudan satu parti merupakan sesuatu yang lebih baik, mengapa tidak ditukar saja BN menjadi sebuah parti tunggal yang dianggotai oleh  semua komponennya?

Soalnya, adakah kedua-dua pemimpin tersebut tidak melihat kewujudan sokongan yang sudah ditunjukkan oleh Pakatan Harapan terhadap Tun Mahathir itu?

Tidakkah mereka  juga melihat bagaimana bukan sekadar sokongan yang diberikan, malah hubungan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dengan Tun Mahathir turut makin akrab sejak akhir-akhir ini?

Adakah sesuatu yang pelik apabila perkara semudah itu pun tidak mampu dilihat oleh kedua-dua menteri tersebut?

Ia tidaklah pelik sebenarnya, sebab itu pemimpin yang sama tidak nampak "kekotoran" yang ada pada Najib, tidak nampak isu 1MDB, tidak nampak memiliki wang ribu-ribu juta sebagai suatu kesalahan, tidak nampak pembaziran serta macam-macam salah laku yang lain dan terus mempertahankannya, meskipun seluruh dunia sedang memandang serong dan mencemuh Perdana Menteri kita.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Menteri tolong jawab sat:
1. Ada berapa parti komponen bn dan ada berapa parti dlm pakatan pembAngkang?
2. Adakah pemimpin umno tak menerima pemimpin bn lain untuk menyertai umno?
3. Atau pemimpin bn lain tak suka umno lalu ditubuh parti lain?
4. Atau menteri umno ni ketagih dedak sehingga membodek boss najib untuk dedak seterusnya?

Tanpa Nama berkata...

bn pun kuat sbb byk parti dibawahnya

biar byk parti ditubuh mengikut cita rasa penyokong

yg penting tujuan utk jatuhkn bn dn pemimpin korup nya.

tk kisahlah klu mahdey nk nsikkn mukhriz

klu dia pemimpin yg baik... kita sokong

malaysia sudah lama dinafikn dpd mendapat pemimpin yg baik dn tidak merompak

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, tuan. Dengan adanya parti baru pimpinan Tun M, seperti saranan tuan, ia boleh menjangkau sokongan yang lebih meluas. Ramai rakyat dari golongan orang2 tua yang pasti akan ikut parti baru Tun M ni kerana mereka dah rasa 'nikmat' dibawah pimpinan Tun M semasa dia jadi PM dulu.

Lagi eluk dan lagi meriah sekiranya TS Mahyuddin pun buka satu lagi parti untuk mendapat sokongan dari rakyat pertengahan umor dan DS Mukhriz buka satu lagi parti baru untuk mendapat sokongan rakyat yang terdiri dari orang2 muda.

Kedua2 pemimpin (menteri BN) seperti tuan nyatakan itu memang tidak bijak apabila menuduh Tun M dan penyokong2nya tidak menyertai DAP, PKR atau PAN kerana tidak menyokong parti2 itu. Bongoknya menteri2 itu, tak terpikirkah mereka:

1. Takkanlah nak masuk DAP kerana DAP adalah pejuang kepentingan kaum cina sahaja.

2. Takkan lah nak masuk PKR. Nak letak DS Wan Azizah dan DSAI kat mana? PKR sudah mantap dengan pemimpin2 lain yang berkelibar seperti Azmin Ali, Rafizi, Nurul Izzah, Tian Chua dan sebagainya. Tempat untuk TS Mahyuddin dan DS Mukhriz agak tipis.

3. Takkan lah nak masuk PAN. Parti ini adalah alternatif bagi PAS dalam perjuangan untuk membela kepentingan Islam di negara kita ini.

Saya sokong parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Tun M. Saya juga sokong kalau TS Mahyuddin dan DS Mukhriz pun tubuhkan parti baru. Lagi banyak wadah & parti, lagi ramai sokongan rakyat, seperti idea tuan itu.

Menteri2 BN pun bukannya bijak sangat.