Ahad, 26 Jun 2016

Pusat Zakat mesti marah besar dengan berita ni

Saya mengucapkan tahniah kepada Astro Oasis yang berani menampilkan Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Perlis untuk mencabar pemikiran orang Islam yang sekian lama dilesu dan dibekukan pemikiran mereka menerusi berbagai program agama stesen-stesen TV yang lebih menjuruskan kepada pendekatan bersifat ritual, wahyu, doa dan penyerahan.

Pendekatan ke arah kecanduan kepada agama dan bukan kesedaran beragama telah dibiarkan begitu lama tanpa teguran dan nasihat kerana beberapa stesen TV lebih mementingkan komersialisme kerana rating program agama yang tinggi sehingga sampai ke peringkat pengacara-pengacara yang mengendali berbagai program popular pun bercakap mengenai agama untuk menunjukkan mereka juga dalam golongan ustaz dan ustazah.

Kita telah sampai kepada peringkat berada dalam kepercayaaan boleh membayar upah kepada ustaz dan ustazah untuk menjadi wakil menebus dosa dan menjampi air dan buah kismis untuk diminum dan dimakan bagi mencerdikkan otak anak-anak dalam menghadapi peperiksaan dan sebagainya.

Jika demikian kata Dr. Asri maka orang-orang kayalah yang paling beruntung kerana boleh menggunakan wang untuk menebus dosa mereka.

Ketika saya tefikir kenapa ulama yang progresif dan dinamik seperti Dr. Asri tidak muncul untuk menyekat dakwah kejumudan yang berlaku dengan liar tanpa perhatian dari pihak yang bertanggungjawab terutama Jabatan Perdana Menteri, maka muncul Dr.Asri di Astro Oasis yang dengan berani mendedahkan aliran dakwah Islam yang tidak realistik dan tidak berpijak kepada permasalahan semasa, sebaliknya banyak merujuk kepada zaman nabi-nabi!

Pada keseluruhannya khutbah ustaz dan ustazah di TV dan juga radio tidak mengajar orang Islam untuk bersikap dinamik bagi mempersiapkan diri untuk survival Islam jangka masa yang panjang sebaliknya menekankan kepada kiamat dan kematian yang menyebabkan umat Islam mati sebelum mati dan kiamat sebelum kiamat.

Inilah yang sedang berlaku di negara-negara Arab yang menyebabkan mereka lari mencari kehidupan dan keselamatan di Barat dan juga ke Malaysia.

Dalam berfikir demikian maka saya bagitu gembira apabila dalam sebuah program agama pagi di Astro Oasis muncul Dr. Asri yang bercakap secara terus terang kelemahan pendekatan Islam di negara ini. Beliau mencabar penggunaan wang zakat yang terhimpun beratus juta ringgit tetapi tidak dapat diuruskan secara lebih efektif.

Beliau berkata “tidak sahaja orang yang tidak membayar zakat berdosa tetapi orang yang tidak menjalankan pengurusan zakat dengan sempurna juga adalah berosa”


Beliau bertanya kenapakah wang zakat hanya mesti diberikan kepada pelajar-pelajar jurusan agama, kepada pelajar-pelajar yang hendak ke Azhar Universiti atau mereka yang hendak pergi belajar agama di negara-negara Arab tetapi tidak diberikan kepada pelajar-pelajar perubatan, kejuruteraan dan lain-lain bidang ilmu sedangkan Islam adalah agama yang mencakupi segala ilmu.

Ini katanya memberikan gambaran seolah-olah negara hanya memerlukan ustaz dan ustazah sahaja.

Katanya, wang zakat yang terkumpul beratus juta ringgit tidak dapat menebus maruah orang Islam di negara ini.

Masih ramai fakir miskin yang terbiar oleh kerana sikap jabatan zakat yang tidak pro aktif sebaliknya menunggu mereka datang meminta bantuan di pejabat dan menyusahkan pula mereka dengan keperluan mengisi berbagai borang dan kemudian terpaksa menunggu beberapa lama pula untuk mendapat bantuan bayaran.

Sepatutnya pegawai-pegawai zakat atau jabatan zakat bersikap pro aktif. Mereka bukan menunggu fakir miskin datang meminta bantuan tetapi mencari fakir miskin, menjalankan siasatan dan mencari orang Islam yang perlu diberikan bantuan.

Jika polis boleh mencari penjenayah maka kenapakah pegawai-pegawai zakat tidak boleh ditugaskan untuk mencari fakir miskin di daerah masing-masing? Tidakkah kemiskinan menggalakkan jenayah?

Jika wartawan-wartawan boleh melakukan ini dan mendedahkan kemiskinan dari semasa ke semasa, maka kenapa pegawai-pegawai zakat tidak dapat berbuat demikian? Adakah pejabat-pejabat zakat mengambil berat tentang berita-berita kemiskinan dalam akhbar-akhbar?

Kebekuan berfikir orang-orang yang hanya bersandarkan kepada pelajaran agama yang tidak terdidik dengan pendekatan-pendekatan yang praktis dan realistik, tidak akan nampak pekara ini.

Lebih buruk lagi ialah apabila penerima-penerima wang zakat ini disusahkan pula dengan upacara atau majlis penyampaian bantuan kepada mereka yang dipentaskan yang memaksa mereka menunggu berjam-jam lamanya.

Ustaz dan ustazah asyik mementingkan syarahan ke arah mengkritik perbuatan mungkar tetapi tidak menggalakkan atau tidak dapat menunjukkan jalan kepada umat Islam ke arah mengerjakan amar maaruf, kata Dr Asri.

Jika kesedaran seumpama ini dibangunkan sekian lama menerusi khutbah-khutbah Jumaat dan berbagai tazkirah dan sebagainya maka mungkin negara kita akan lebih bersih dari Singapura atau pegawai-pegawai kerajaan kita akan berkerja dengan penuh disiplin dan tidak menyusahkan orang ramai.

Saya tidak dapat mencatitkan disini semua pemikiran Dr Asri yang mencabar minda kita, yang boleh membuka fikiran pemimpin-pemimpin Islam untuk melihat sejauh manakah kita telah terbawa dalam arus dakwah yang jumud, beku dan tidak sezaman. Eloklah program Dr. Asri di Astro Oasis itu diulang semula pada waktu-waktu utama.

Syabas kepada penerbitnya.
Tan Sri Zainuddin Maidin

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Mufti kontrovesi ini buat dulu apa yang dicakapkan bukannya berkokok berdegar-degar tapi apa yang dikatakan itu tidak berlaku kenyataan ,tegurlah jabatan terlibat dengan pendirian yang tegas seperti yang kita bercakap bukannya melepas geram disaluran TV yang tidak dapat memberi respon teguran itu,bawa bermuhasabah dengan mereka yang pekak dan bisu barulah kita dapat menfaatnya,jangan jadi ayam yang telah bertelur konon hendak beri tahu yang dia telah dapat keluarkan hasila dari bontot busuknya itu.

Unknown berkata...

baru bangun tidur ke.....

Unknown berkata...

baru bangun tidur ke.....