Rabu, 1 Jun 2016

PAS buat kejutan, terkejut beruk bro!

Pas membuat perubahan besar selepas berpecah iaitu menjadi pahlawan Melayu.

Selepas berpecah dalam muktamar tahun lalu, pemimpin Pas membuat perubahan besar dalam muktamar mereka tahun ini, dari berjubah kini mereka berpakaian pahlawan Melayu lengkap berkeris dan bertanjak.

Pakaian ini menjadi satu yang luar biasa kepada sejarah muktamnar Pas kerana biasanya mereka berpakaian baju Melayu atau berjubah dalam majlis rasmi khasnya muktamar.

Ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas hari ini, semua pemimpin Pas termasuk Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang merasmikan muktamar itu berpakaian pahlawan Melayu lengkap.

Turut berpakaian demikian adalah Ketua Pemuda, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, timbalannya, Mohd Khalil Abdul Hadi dan naibnya, Khairul Nizam Khirudin.

Ke empat-empat mereka diarak bagaikan pahlawan Melayu dalam majlis perasmian  muktamar Dewan Pemuda Pas yang berlangsungnya petang ini.

Muktamar Tahunan PAS ke 62 bagi tahun 2016 dimulakan petang ini dengan acara perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat pada petang ini, 31 Jun 2016.

Ia akan disusuli dengan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama dan Dewan Muslimat pada malam ini.

Malam esok 1 Jun 2016, semua perwakilan akan hadir untuk mendengar Taklimat Khas Presiden yang merupakan suatu pembaharuan dalam susun atur acara muktamar.

Pada pagi 2 Jun 2016 acara kemuncak perasmian Muktamar Tahunan PAS ke 62 akan berlangsung dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan ucapan dasar muktamar kali ini.

Muktamar ini sangat penting untuk menentukan hala tuju Pas selepas parti itu berpecah dua selepas mukatamar tahun lalu apabila kumpulan profesional yang dikenali kumpulan erdogan disingkir secara blok dari kepimpinan Pas di semua tempat.

Kumpulan ini kemudiannya menubuhkan Amanah dan bergabung dengan PKR dan DAP membentuk Pakatan Harapan yang menyebabkan Pas terpinggir.

* keh3 PAS sudah mirip UMNO! PAS sudah gila ..!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Unknown berkata...

Sejak TGNA mangkat, pas kacau bilau d bwh hadi. Lahirnya amanah menunjukkn ada protes dalaman, hatta ramai org meluat dgn kepimpinan pas.

Pas makin laluk... sb ramai profesional yg progresif dah keluar.

Pencolekhangek berkata...

Tak baik kata gila kepada orang yang sudah gila.