Isnin, 30 Mei 2016

Ridhuan Tee Abdullah keluar MCA

Penceramah bebas Ridhuan Tee Abdullah mengumumkan keluar MCA hari ini sebagai tanda protes pada penentangan berterusan parti itu terhadap hudud.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.

“Kerana perkembangan akhir-akhir ini (hudud). Saya tidak mahu menanggung dosa berada dalam parti sebegini,” katanya.

MCA antara parti komponen BN yang amat lantang dan konsisten menentang pelaksanaan hudud.

Parti itu malah mengugut keluar daripada kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini susulan langkah kerajaan mengusulkan supaya rang undang-undang persendirian bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah dipercepat minggu lalu.

Ridhuan memberitahu beliau memohon menjadi anggota MCA pada tahun 1995 atau 1996 tetapi hanya diluluskan pada tahun 2000.

Katanya, beliau ketika itu memohon menyertai MCA bagi membuktikan beliau bukan “masuk Melayu” dan kekal sebagai seorang Cina walaupun telah memeluk Islam.

Selain itu, Ridhuan menjelaskan hasratnya berdakwah daripada dalam.

“Dulu saya masuk MCA sebab saya nak tunjukkan saya bukan masuk Melayu, saya kekal Cina.

“Niat saya untuk berdakwah, menjadi jambatan (pada Islam), tetapi tidak pernah dihargai. Malah mereka melihatnya sebagai ancaman,” katanya lagi.

Beliau juga memberitahu Malaysiakini belum mempunyai rancangan untuk memohon menyertai mana-mana parti itu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

janagn masuk mana mana pati kekal sebagai pendakwah yang ikhlas jangan sembunyi ayat ayat Allah
sampaikan semuanya untuk manusia
diaornag mau terima tak mauke itu bukan kerja lu duan oi
itu urusan Allah

ada paham ke

Unknown berkata...

Masuk je umno..sb dia nii pun "lebih umno dr org umno" hingga menangis t'isak kena lanyak disatu forum d kelantan. tu la Nak sgt bela bn d forum d k'tan.