Rabu, 18 Mei 2016

ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah lompat parti?

Jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah dan Timbalan Yang Dipertuan PAS Kawasan Kuala Kedah yang dilepaskan Amiruddin dan Mohd Nasir juga sudah diganti.
PETALING JAYA: Pemimpin parti AMANAH sudah ‘khayal’ dan terdesak apabila sanggup mereka cerita bagi mencetuskan isu baharu dalam kalangan parti PAS Kedah.

Bidasan itu disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi terhadap AMANAH kononnya dua ADUN dari PAS akan lompat parti.

Sebaliknya, kesemua sembilan ADUN PAS di Kedah masih setia dan kedudukan parti Islam di negeri Jelapang Padi itu masih lagi utuh dan berjalan seperti biasa.

“Mereka (AMANAH) sudah terdesak. Malah, saya sendiri tidak dengar pun ADUN PAS akan sertai AMANAH, AMANAH ini dah khayal.

“Semua ADUN PAS Kedah masih lagi setia dengan PAS dan tidak ada yang menyertai AMANAH,” tegasnya kepada FMT.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, dua ADUN PAS berkemungkinan meninggalkan parti Islam itu dan menyertai parti AMANAH.

Ini kononnya kerana mereka sudah tidak sehaluan dengan perjuangan parti Islam itu sehingga memaksa mereka melepaskan jawatan parti di kawasan.

Dua ADUN yang dimasukkan ialah ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah.

Bagaimanapun, Ahmad Fakhruddin menambah, PAS Kedah ketika ini dalam kedudukan baik dan tiada sebarang isu yang berlaku.

Jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah dan Timbalan Yang Dipertuan PAS Kawasan Kuala Kedah yang dilepaskan Amiruddin dan Mohd Nasir juga sudah diganti.

“Amiruddin masih kekal sebagai ketua pembangkang di Kedah dan hanya meletak jawatan sebagai YDP PAS Kuala Kedah dan sekarang semua jawatan yang sokong itu sudah diganti dan perjalanan PAS Kedah lancar,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: