Nazri berpendapat, tindakan membawa Dr Zakir untuk berceramah mengenai agama adalah tidak perlu kerana Malaysia sudah mempunyai ulamanya sendiri.
"Semuanya tentang persepsi dan persepsi dibuat berdasarkan apa yang dilakukannya sebelum ini. Saya rasa jika anda mahu bercakap tentang agama, cakaplah tentang agama anda sendiri.
"Untuk mengadakan satu sesi perbandingan, anda terikat dengan kesimpulan agama anda lebih baik. Lagipun, adakah ia perlu? Adakah umat Islam di sini perlu diberitahu yang kita tidak berada di landasan yang betul? Saya rasa tidak.
Kita ada orang kita sendiri tak perlu panggil Dr Zakir Naik untuk betulkan kita kata Nazri
"Dengan mempelawa lelaki ini untuk memberi syarahan di sini, sudah tentu akan mendapat tentangan pihak tertentu," katanya.
Jelas Nazri lagi, keharmonian antara masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini perlu dilindungi agar tidak berpecah belah hanya disebabkan oleh Dr Zakir Naik yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia.
"Dia akan beri ceramah dan tinggalkan negara ini. Malah ditinggalkan dengan semua masalah yang mungkin ditimbulkannya," katanya. - PIXEL MEDIA
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:
Alasan, kupasan mcm kupas kelapa tua.sbb tuu ulamak islam kata laa jk ilmu islam hanya stady bab mandi junub jgn ulas ilmu org lain
Ulama yang mana? Yang guna duit Yapeim tu ke? Atau yang jadi kluster? Atau yang rajin u-turn? Yang pay per view? Atau yang jenis jadi-jadian? Maklumlah terlalu banyak sangat yang mengaku ulama di Malaysia.
tak perlu di jemput penyanyi penghibur dari luar..
kita ada pengibur kita sendiri..
hahahahahaha....
siapa.....?????? zamihan syi'ah.....???????
Catat Ulasan