Tanpa mendedahkan bila dan lokasi pertemuan itu bakal diadakan, Najib turut meminta rakyat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan, lapor Berita Harian Online.
“Saya akan menghadap Sultan Terengganu dalam tempoh terdekat untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku di sana. Kita minta semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian berhubung apa yang berlaku.
“Menteri Besar Terengganu masih melaksanakan tugas beliau seperti biasa, malah Kerajaan Terengganu tetap berfungsi seperti biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem di Rumah Rehat Kerajaan, di Lundu, Sarawak, hari ini.
Najib berkata, beliau akan membuat kenyataan rasmi selepas pertemuan tertutup itu diadakan nanti.
Terengganu dilanda krisis lagi, apabila Ahmad Razif dilaporkan ditarik gelaran pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sultan Mizan dikatakan murka dengan ucapan yang dibuat Razif pada Jumaat lalu. Ahmad Rafiz masih mengunci mulut apabila ditanya media mengenai dakwaan itu.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Istana Terengganu dan kerajaan negeri.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berada di Terengganu bagi menyelesaikan krisis itu yang kemungkinan besar melibatkan pelantikan Menteri Besar baharu.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
NAAK NGADAP SULTAN KE PRN SARAWAK KE INI SEMUA NAK TUTUP CERTA 1 MDB.NAK LARI KITA DOAKAN NAJIB DITANGKAP OLEH FBI DAN RAKYAT MALAYSIA YANG TAK BERSETUJU DGN KERAJAAN HARUS MELAPURKAN PERKARA SALAH LAKU KPD BANGSA BANGSA BERSATU DAN JUGA MAJLIS PERUNDANGAN DUNIA UNTUK MENANGKAP NAJIB SERTA KUNCU KUNCU TERMASUK LAH SIPENDEK TU
Catat Ulasan