Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jawatankuasa teknikal bersama negeri dan persekutuan berhubung pindaan terhadap akta itu masih belum menerima persetujuan daripada sultan di beberapa negeri.
"Secara umumnya segala pindaan yang dibuat yang melibatkan Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam ini kena dapat perkenan daripada Majlis Raja-raja.
"Jadi sekarang ini beberapa (Sultan) negeri belum memberi perkenan pada usaha ini menyebabkan ia tertangguh dulu," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR10 hari ini.
Terdahulu, Mohd Amar dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menerima kunjungan hormat Kaunselor Kedutaan Arab Saudi Abdul Rahman al-Harfi.
Mac tahun lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini. – Bernama, 1 Mac 2016.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
hudud tu berkAITan Kelantan apa perlu perkenan negeri lain....macam nak belit je ni....
Dah guna sultan lak..cari helah taknak berenti tu..dasar biawak!
Lepas ni tgu perkenan obama pulak ker amar
Catat Ulasan