"Ramai daripada kita menjangkakan perkara ini. Kenyataan yang dibuat Dr Mahathir sebelum ini menunjukkan beliau tidak bersetuju dengan pemimpin-pemimpin hari ini. Kita tahu ini akan berlaku, sama ada cepat atau lambat.
"Kami tidak terkejut, seperti pesakit yang koma dan tiba-tiba meninggal dunia, ia sudah dijangka, hanya menunggu masa," kata Ismail kepada pemberita selepas menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang kepada 200 kakitangan kementeriannya di Kuching hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, kesan daripada tindakan Dr Mahathir keluar parti itu sangat kecil walaupun beliau pernah menjadi presiden Umno dan perdana menteri.
"Kita ada 3 juta ahli. Saya percaya kesannya tidak begitu besar untuk memecahbelahkan Umno," katanya yang juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Dr Mahathir semalam mengumumkan keputusannya keluar daripada parti Melayu terbesar itu, mengatakan Umno kini hanya berminat untuk mengekalkan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini kali kedua Dr Mahathir keluar Umno, yang pertama pada Mei 2008, kerana rasa tidak puas hati beliau dengan perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi, berikutan kekalahan teruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum tahun itu.
Ismail berkata, apabila Dr Mahathir keluar parti pada 2008, Umno tidak terpecah tetapi terus menang dalam pilihan raya umum 2013 untuk membentuk kerajaan.
"Apa yang penting ialah, pemimpin dan ahli Umno sedia ada meneruskan matlamat tunggal parti memperjuangkan Melayu dan Bumiputera," katanya.
Beliau berkata keluar masuk ahli dalam Umno perkara biasa kerana ia parti yang demokratik.
"Ramai pemimpin keluar, presiden pertama Umno Datuk Onn Jafar juga keluar, tetapi Umno terus kukuh sehingga hari ini." – 1 Mac, 2016.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan