Sabtu, 13 Februari 2016

Apabila sang iblis memimpin panglima ....

Amran .. tulisan ini tiada kena mengena baik dengan nama, tempat dan kejadian. Mungkin kebetulan dan tak tersengaja terperli la pulak ... penburukonline pun menulis cerita ini setelah bermimpi buruk bertemu hantu duit.

ARAKIAN tersebutlah kisah seorang panglima yang mengaku panglima tersohor seperti penglima-panglima gagah terdahulu tapi tersangatlah ketakutan topeng kejahatannya terbuka luas. Takut diketahui rakyat jelata. Tanpa dia sedari, bukan sahaja kejahatannya terbuka luas dalam negara, malah turut dibicarakan seanterio dunia, malah kalau ada makhluk asing yang singgah sebentar melepas lelah di bumi yang uzur ini, akan turut ngeri dengan sikap panglima ini yang mabuk duit.

Bisik-bisik menjadi khabar ribut di dalam portal, whatsapp malah sudah jadi headline beberapa berita sensasi masa kini. Benarlah yang busuk, ditutup bagaimana sekalipun akan terbau juga. Malah bau kejahatan itu lebih busuk dari bau bangkai!

Maka panglima mengatur siasat, siapa yang terus-menerus menentang harus disingkirkan. Cuma bila ditentang harus makan siasat, agar tidak nampak sangat kejaahatan panglima itu ingin menjatuhkan tangan terkutuk kepada penentangnya. Siasat mesti melalui prosuder, ikut SOP la katakan.

Maka berkumpullah para cerdik pandai sekeliling pemimpin yang sememangnya layak digelar anjing peliharaan, menjelir-jelir lidah kemudian pandai pula menjilat. Diatur siasat agar panglima yang mabuk duit ini dilihat bersih di mata rakyat.

Satu siasat diatur. penburukonline mencoret seberapa ringkas!

Ketua-ketua yang tidak sebantal untuk bersekududukan harus disingkirkan. Dari tukang media, tukang jatuh hukuman, penyiasat sampai semua cabang harus diatur. Biar mereka-mereka ini menjilat-jilat seperti anjing kelaparan. Yang menentang harus disingkirkan!!!

Yang senang -lenang disebalik atur siasat ini adalah iblis, makhluk paling terkutuk. Dari iblis dan pengawal-pengawalnya syaitan, mereka meniupkan siasat hina dina ke telinga-telinga cerdik pandai dan panglima.

Maka banyak sudah siasat dan rencana mereka jalankan. Sehingga ada rencana itu kelihatan tidak masuk akal langsung dan hanya ditertawakan rakyat. Lihat badut sedang beraksi!!

Pak Andak, penarik beca pun tertanya-tanya, bagaimana panglima tersebut boleh terlalu banyak wang? Maka siasatnya ada yang memberi secara percuma tanpa minta balasan. Maka berderailah ketawa Pak Andak sehingga terkencing-kencing di celana. Dia lupa penyakitnya tidak boleh ketawa terlalu keras.

Cerdik-pandai, eh kita gantikan dengan anjing peliharaan mengatur siasat lagi ...

Tulis kawal untuk suatu peraturan harus diubah ... peraturan O rang S akit A khlak harus diubah.

Mana-mana rakyat yang lancang menyalahi peraturan O rang S akit A khlak harus dipenjara seumur hidup dan sebatan. Layaknya dosa melanggar peraturan itu lebih besar dari kejahatan panglima yang seperti lintah .. menghisap darah rakyat!

Dengan pindaan peraturan busuk tersebut, layaknya ibarat satu cara menutup setiap kejahatan yang dilakukan pemimpin dan anjing-anjing peliharaanya. Yang berani mendedahkan kejahatan haarus dihukum, yang buat kejahatan dibiar bebas!

Panglima merasakan dia sudah menang, pasti siasatnya dan anjing peliharaanya begitu bernas sekali. Iblis dan syaitan juga turut berpesta meraikan siasat sang panglima. Sekurang-kurangnya ramai juga menjadi teman sang makhluk terkutuk dalam kerak neraka kelak.

Tanpa disedari, kegelapan tidak selamanya menjadi juara. Pasti kebenaran muncul jua.

cuma bila .. dan kisah dongeng ini belum tamat ... nantikan sambungannya ...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

11 respon:

Tanpa Nama berkata...

hahahaha

H K O berkata...

Macam kenal saja yg di dongengkan...dongeng rakyak ye..!🤔

Ali berkata...

Kebetulan mcm pernah dengar... Tp di mana ya?hihi

Tanpa Nama berkata...

Cerita ni patut lahir 100 tahun akan datang tapi cepat sangat pengarang under ground bocorkan pada umum. Boleh kena disiasat dibawah akta rahsia rasmi ni?

Tanpa Nama berkata...

Insha Allah yg JAHAT akan tewas jua akhirnya......

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan dongeng...ini kisah benar!!! Hahaha

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya pang5 dan penjilatnya jatuh tersembam dan disumbat ke dlm lubang najis...firasatku...

tapai ubi berkata...

Kesian panglima. Cubalah pujuk beliau utk mendengar kuliah ugama dan belajar hukum hakam dlm Islam. Mudah2an matinya kelak dlm rahmat Allah.

Tanpa Nama berkata...

Kuliah ugama pun tak pakai sekarang. Hukum berubah2 ikut puak. Kita pakai macam santa tak boleh geng dia pakai mcm dewa boleh

Tanpa Nama berkata...

Aq kenal panglima tuu....kote dia kecut jee bini dia gemok...rambut hitam lg....duit byk.... Bt dandan rambut mahal....keta mewah ada jet peribadi.... Dlu ada scandle tp di suroh letop.

Tanpa Nama berkata...

Aq kenal panglima tuu....kote dia kecut jee bini dia gemok...rambut hitam lg....duit byk.... Bt dandan rambut mahal....keta mewah ada jet peribadi.... Dlu ada scandle tp di suroh letop.