Rabu, 3 Februari 2016

Siapa reka skrip bodoh ni untuk Najib ..?

Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa bahawa alasan tersebut dirangka oleh pihak "yang cuba menulis skrip baru politik negara" dengan menjadikan Ikhwan Muslimin sebagai kambing hitam dan mengaitkannya dengan pembangkang.

PETALING JAYA: Datuk Saifuddin Abdullah mempersoalkan rasional alasan RM2.6 bilion yang didakwa diberikan Allahyarham Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud kepada Datuk Seri Najib Razak bertujuan melawan pengaruh Ikhwan Muslimin di negara ini.

Dalam kolumnya di akhbar Sinar Harian hari ini, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, Ikhwan Muslimin bukanlah kumpulan pengganas, sebaliknya pertubuhan yang telah lama bertapak di negara Arab dan sebahagian gerakan Islam sedunia.

“Ia gerakan Islam yang memperjuangkan ‘Islam sebagai cara hidup yang lengkap’. Teras programnya ialah dakwah dan pendidikan. Adakalanya ia terlibat dalam politik.

“Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan di banyak negara Arab. Hari ini, Ikhwan Muslimin adalah sebahagian daripada gerakan Islam sedunia. Lain negara, lain namanya dan lain kerangka kerjanya,” kata Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan itu lagi.

Beliau menyebut dua tokoh Islam terkenal daripada pertubuhan itu, iaitu Syed Qutb yang menulis tafsir Al-Quran bertajuk ‘Di Bawah Lindungan Al-Quran’, serta Tokoh Maal Hijrah Malaysia 2009 sendiri, iaitu Dr Yusuf Qaradawi.

Saifuddin mendakwa alasan tersebut dirangka oleh pihak ‘yang cuba menulis skrip baru politik negara’ dengan menjadikan Ikhwan Muslimin sebagai kambing hitam dan mengaitkannya dengan pembangkang.

“Apakah hubungan antara RM2.6 bilion dengan Ikhwan Muslimin? Ia adalah kerana ada pihak yang cuba menulis skrip baharu politik – bahawa parti-parti pembangkang adalah penyokong atau dipengaruhi Ikhwan Muslimin (baca: pengganas).

“Tentulah Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang tidak termasuk dalam kumpulan ini. Sebab itu Najib semakin rapat dengannya.

“Justeru, apa yang mungkin jadi sasaran ialah gerakan Islam seperti Abim dan Ikram yang, menurut pihak ini, menyokong parti-parti pembangkang, iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH),” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

last sekali mesti nak kaitkan dengan TGHA.... butohnya statement...

PBO™ berkata...

Imbas kembali:

Selepas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang menyifatkan dakwaan media asing Wall Street Journal (WSJ) tidak logik dan wajar disiasat sebelum percaya,
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula tampil dengan hujah yang sama.

Kedua-dua pemimpin Islam itu menegaskan sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berasas
dan dikemukakan saksi.

Menurut Abdul Hadi, Najib bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan mestilah dikemukakan saksi yang mengesahkan dakwaan itu.


“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada
saksi juga…saksi yang adil.

“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat terawih di majlis ‘Madinah
Ramadhan’ di Kota Bharu Isnin malam.

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Ahad yang dilihat mempertahankan Perdana Menteri daripada skandal
terkini susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun
peribadi beliau.

Dr Haron telah menyifatkan dakwaan WSJ itu sebagai “tidak logik” dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu.

Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, dia akan menggunakan akaun sulit dan bukannya menerusi akaun peribadi.


Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang tersebut oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan
ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013.

Tanpa Nama berkata...

oit pok cik walaONTA 11.13...mmg patut kaitkan dgn dgn tuang guru sbb dia yg paling kuat membela psl derma 2.6b, mengalah org umno sendiri. ptuih!

Tanpa Nama berkata...

Lebai banggang

Tanpa Nama berkata...

Pak Cik ONTA 11:13...
Memang patut pun Hadi kena lempar taik sekali sebab rakyat tengah benci berkuap-kuap kepada penyamun Najib...tetiba haji biul kau bukan main membela si perasuah ni....memang patut kena lempar taik dan ludah serban pun.... memang perangai kepala butoh si Marang Perapu ni.....