Padah buat seorang buruh kontrak kerana merogol adik rakannya, dia dihukum penjara 11 tahun dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap tertuduh, Muhammad Luqman Jusoh, 22, selepas didapati bersalah pada akhir perbicaraan penuh kes berkenaan.
Beliau turut mengarahkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh tertuduh didapati bersalah pada keputusan awal kes pada 18 Januari lalu.
Tertuduh dari Kampung Wakaf Stan, di sini, didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kampung Binjai, Jalan Bukit Marak, di sini, pada jam 3 pagi, penghujung Disember 2013.
Terdahulu, peguam, Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim memohon hukuman tertuduh diringankan kerana faktor usia yang masih muda dan penyesalan serta keinsafan yang ditunjukkan tertuduh.
Sebaliknya, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias memohon hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh dan meminta mahkamah supaya tidak terlalu simpati dengan usia tertuduh.
“Kepentingan masyarakat perlu diutamakan dan kerana perbuatan tertuduh sudah merosakkan masa depan seorang remaja perempuan. Masyarakat terutama wanita memerlukan perlindungan daripada kes jenayah seperti ini,” katanya.
Sebelumnya, laporan sosial tertuduh dikemukakan kerana alasan pesalah muda dan ketika kejadian dia berusia 19 tahun.
Dalam laporan itu, tertuduh yang masih bujang digambarkan berasal dari keluarga kurang mampu dan pernah melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupannya.Padah buat seorang buruh kontrak kerana merogol adik rakannya, dia dihukum penjara 11 tahun dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap tertuduh, Muhammad Luqman Jusoh, 22, selepas didapati bersalah pada akhir perbicaraan penuh kes berkenaan.
Beliau turut mengarahkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh tertuduh didapati bersalah pada keputusan awal kes pada 18 Januari lalu.
Tertuduh dari Kampung Wakaf Stan, di sini, didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kampung Binjai, Jalan Bukit Marak, di sini, pada jam 3 pagi, penghujung Disember 2013.
Terdahulu, peguam, Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim memohon hukuman tertuduh diringankan kerana faktor usia yang masih muda dan penyesalan serta keinsafan yang ditunjukkan tertuduh.
Sebaliknya, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias memohon hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh dan meminta mahkamah supaya tidak terlalu simpati dengan usia tertuduh.
“Kepentingan masyarakat perlu diutamakan dan kerana perbuatan tertuduh sudah merosakkan masa depan seorang remaja perempuan. Masyarakat terutama wanita memerlukan perlindungan daripada kes jenayah seperti ini,” katanya.
Sebelumnya, laporan sosial tertuduh dikemukakan kerana alasan pesalah muda dan ketika kejadian dia berusia 19 tahun.
Dalam laporan itu, tertuduh yang masih bujang digambarkan berasal dari keluarga kurang mampu dan pernah melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupannya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan