Rabu, 3 Februari 2016

Perkembangan terkini isu pertukaran Menteri Besar Kedah

ADUN pembangkang itu sebaliknya mendesak agar penyingkiran itu dibuat ke atas Perdana Menteri yang telah banyak menyusahkan rakyat


ALOR SETAR: Seramai 15 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang membantah sekeras-kerasnya langkah sebahagian pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mahu menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.
Malah, mereka turut menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak beradab di kala rakyat negeri itu sedang dalam tempoh meraikan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah.

“Jika Datuk Seri Mukhriz dinaikkan melalui laluan demokrasi, tidak gopoh, berperaturan serta menghormati kehendak rakyat, maka tidak wajar hanya kerana mah memenuhi kehendak politik individu tertentu maka semua pihak disusahkan, termasuk rakyat dan pihak istana.

“Bagi kami pada ketika ini, tindakan menukar Menteri Besar Kedah tidak menjadi keutamaan berbanding keperluan menukar Perdana Menteri yang telah banyak menyusahkan rakyat,” kata ADUN-ALOR Mengkudu-PAS, Ahmad Saad Yahya yang mewakili ADUN Pembangkang di Kedah.

Kenyataan itu dikeluarkan dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman sebaik sahaja semua ADUN pembangkang mengadakan pertemuan dengan Jemaah Istana Kedah.

Tambahnya, mereka juga menggesa agar masalah kepimpinan utama Kerajaan Kedah ini diselesaikan dengan segera kerana krisis yang berlarutan akan membantutkan urusan pentadbiran negeri yang membawa kesan buruk terhadap rakyat.

“Jika kemelut ini menghadapi jalan buntu, maka pilihan terbaik ialah penyelesaian berasaskan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah iaitu menentukan kehilangan sokongan majoriti ADUN Kedah dan Menteri Besar melalui satu usul di persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah,” jelasnya.

Dalam pada itu, ADUN pembangkang memuji tindakan yang diambil oleh pihak Istana Kedah dalam menangani krisis berkenaan.

“Ini satu langkah terpuji, menghormati prinsip demokrasi serta hak-hak rakyat,” ujarnya.

Seramai 14 daripada 15 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Difahamkan, hanya seorang ADUN PAS yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Amiruddin Hamzah dilaporkan tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

Semalam, semua 21 ADUN BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menyatakan pendirian mereka mengenai krisis pertukaran menteri besar di negeri itu.

* kalau ikut perkiraan aku .. 19 BN setuju Mukhriz ditukar dan 18 ADUN + Mukhriz menolak. Jadi besar kemungkinan pertukaran tetap berlaku dalamm dewan nanti. Itupun kalau tak ada ADUN BN yang tetiba insaf. hahahhaha...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: