Rabu, 17 Februari 2016

PAS kata Tabung Haji OK, fakta ini apa pulak?

Kekekeke .. otak udang atau memang macam ni je pemikiran parti PAS. Macam mana nak tadbir negara?

Sebelum ini, PAS kata puas hati dengan kewangan Tabung Haji...

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, PAS berpuas hati dengan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang beliau temui di Parlimen semalam serta pengurusan tertinggi TH berhubung prestasi kewangan TH.
selengkapnya baca sini dulu

Semalam Rafizi Ramli tampil dengan data baru, bukan dengan siku dan lutut .. Memang amat mengejutkan ..

Lembaga Tabung Haji menanggung kerugian atas kertas RM933 juta melalui pelaburan dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tetapi masih mengekalkan sahamnya dalam syarikat perladangan yang disenaraikan itu walaupun pendapatannya menurun, kata Rafizi Ramli hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, keputusan Tabung Haji tidak melupuskan saham itu menunjukkan wujud campur tangan politik, kerana FGV diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, ini menunjukkan keutamaan dana itu bukan untuk melindungi kepentingan pendeposit, tetapi kerajaan.

"Tindakan Tabung Haji yang langsung tidak mengambil apa-apa tindakan melindungi dana pendeposit dalam keadaan sudah jelas pelaburan di dalam FGV merugikan bukanlah satu sifat profesional yang biasa ditunjukkan sebuah institusi pelaburan bertaraf antarabangsa seperti Tabung Haji.

"Tindakan terus memegang saham FGV sehingga menyebabkan kerugian terkumpul RM933 juta sudah tentu berkait rapat dengan kedudukan FGV sebagai inisiatif utama pentadbiran Najib," katanya pada satu sidang media di Sungai Besi hari ini.

Beliau berkata dari 2012 hingga 2015, Tabung Haji membelanjakan purata RM1,380,074,233 untuk membeli saham daripada FGV. Ia menjual beberapa sahamnya, dengan purata pendapatan RM7,621,492.

Tetapi setakat 21 Disember 2015, ia mengekalkan 284,165,100 saham bernilai hanya RM454,157,440, kata Rafizi.

Ini menunjukkan kerugian di atas kertas berjumlah RM933,538,285, katanya.

Rafizi berkata sesuatu yang pelik apabila Tabung Haji mengekalkan saham itu, apabila institusi lain yang melabur dalam FGV, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan, melupuskan saham mereka perlahan-lahan antara 2012-2015.

"Kali terakhir Tabung Haji menjual saham FGV pada 12 Julai, 2012 iaitu pada awal penyenaraian sebanyak 750,000 saham.

"Semua penjualan saham FGV yang direkodkan selepas itu dibuat pengurus dana Tabung Haji, sama ada Maybank, AmInvest atau CIMB, melibatkan jumlah saham yang sangat kecil dan tidak menjejaskan pegangan keseluruhan Tabung Haji di dalam FGV," katanya.

Ketika ia pertama kali tersenarai, saham FGV bernilai RM4.55 setiap unit. Ia kini bernilai RM1.60.

"Walaupun dalam keadaan biasa, sebuah institusi pelaburan tidak akan berkelakuan seperti Tabung Haji," katanya.

Langkah pertama ke arah menamatkan sebarang "campur tangan politik" adalah menggantikan pengerusi Tan Sri Abdul Azeez Abdul Rahim dengan seorang yang lebih berkelayakan, kata Rafizi. – 16 Februari, 2016.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tabung-haji-rugi-atas-kertas-rm933-juta-melalui-fgv-kata-rafizi

PAS .. tolonglah jadi pembangkang yang baik.. Aku dan ramai percaya. Kita kritik Tabung Haji bukan kerana dengki ke apa ke, kita bukan nak hasut orang tinggal TH. Kita kritik supaya TH lebih telus dan lebih cermat menjaga kewangan orang Islam. Jangan jadi tok lebai yang serba angguk ..

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

pergi minum kopi je kot kat Tabung Haji. Lepas tu balik