Khamis, 4 Februari 2016

Najib Razak Menteri Kewangan paling terbaik di Asia 2016

EH..korang tak berasa bertuah ker ada Menteri Kewangan hebat seperti Najib Razak. Dalam tv dan media, angka-angka terbaik dipaparkan...

Rakyat hidup senang dengan GST. Rakyat hidup senang lenang dengan kenaikan harga barang. Malah pemotongan banyak subsiddi tu menunjukkan Najib Razak bukanlah Menteri Kewangan paling teruk di Asia.

Bertuah kan ..?

Tetiba pulak FinanceAsia memberi gelaran Menteri Kewangan terburuk 2016. keh keh keh keh .. ada ke patut gelaran tolol macam tu diberi kepada Najib Razak. Kang RM murka baru tau ... kekekekekeke

Ini jawapan balas pihak terlibat kekekeke;

Malaysia mencatat perkembangan ekonomi, termasuk peningkatan kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) daripada RM528 billion kepada RM877 billion dari tahun 2009-2015, hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Malah, menerusi pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan, ekonomi negara berkembang daripada 1.9% pada 2009 kepada 6.0% pada 2014 dalam persekitaran ekonomi dunia yang lembap serta beberapa cabaran lain, kata kenyataan Kementerian Kewangan (MoF), hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai membidas artikel oleh FinanceAsia bertajuk "Najib Razak: Asia's Worst Finance Minister 2016" (Menteri Kewangan Asia Paling Teruk 2016).

Sambil menyangkal tuduhan dilemparkan portal itu, MoF berkata adalah tidak beretika bagi media itu membuat penilaian berdasarkan perkembangan dalam tempoh 12 bulan dan bersandarkan beberapa pertuduhan tidak berasas serta berat sebelah.

MoF sebaliknya menegaskan, di bawah kepemimpinan perdana menteri, ekonomi Malaysia terus mencatatkan perkembangan sebanyak 4.5% hingga 5.5 pada 2015.

Malah, kadar pengangguran turun daripada 4.5% kepada 3.0% dengan sejumlah 1.8 juta pekerjaan baharu berjaya diwujudkan.

Pendapatan per kapita pula meningkat daripada RM24,541 kepada RM33,572, manakala defisit fiskal berkurangan daripada 6.7% kepada 3.2%.

"Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu, Malaysia masih optimistik dengan sasaran pertumbuhan KDNK pada kadar 4.5% bagi tahun ini.

"Jadi, jika Malaysia mampu mencatatkan pertumbuhan pada kadar 4.5% dalam keadaan ekonomi yang lembap ini, boleh dikatakan ekonomi Malaysia masih kukuh jika dibandingkan dengan beberapa negara Asia yang lain," jelas kementerian itu.

MoF turut mempersoalkan tujuan artikel tersebut yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk dan menggunakan tajuk sedemikian bagi meningkatkan semula laman web media itu.

Ini disebabkan, pada tahun lepas dalam artikel sama, portal Financeasia berkenaan meletakkan Najib di tempat ke-8 daripada 12 menteri kewangan Asia dalam "Finance Minister of the Year" berbanding tempat ke-12 tahun ini.

"Asia mempunyai 48 negara, jadi bagaimana berada di tempat ke-12 boleh menjadikan Najib sebagai menteri kewangan paling teruk di Asia?," kata MoF.

Kementerian itu turut menyuarakan kebimbangan mengenai tindak tanduk beberapa pihak yang iri hati dengan kemajuan Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri, menjadikan negara ini sebagai sasaran kritikan melulu.

"Seolah-olah mereka sentiasa mahu menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak stabil dari segi politik dan ekonomi." – Bernama, 3 Februari, 2016.

Kesimpulannya, jangan label Najib Razak macam tu. Kalau la paling teruk di Asia, macam mana pulak dia boleh terima derma RM2.6 billion. Sudah tentu Najib Razak ni orang paling bagus, paling berkarisma dan paling apa saja la. Asalkan jangan teruk jer .. kekekekeke

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Malu giler...

Dahlah rakyat diGSTkan..
Hutang negara meningkat..

Dapat pulak anugerah Menteri Kewangan Terburuk? Malu...

Tanpa Nama berkata...

Aq rasa nk sepak jee menteri keewanganalaysia .... Bt semua rakyat susah...dh tuu malu....menteri ke ewangan terburok.... Itu pon nk masuk bakul angkat sendiri tk sedar diri.... Jk baik....jk hebat pasti dunia respek puji

Tanpa Nama berkata...

Aq rasa nk sepak jee menteri keewanganalaysia .... Bt semua rakyat susah...dh tuu malu....menteri ke ewangan terburok.... Itu pon nk masuk bakul angkat sendiri tk sedar diri.... Jk baik....jk hebat pasti dunia respek puji