Khamis, 4 Februari 2016

Husam bakal terima padah

Kekeke .. jangan cakap jer .. buat tau. PAS memang hebat.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata isu berkaitan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa akan dibincangkan pada mesyuarat PAS pusat pada 13 Februari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2016.

PAS tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa yang didakwa mengkritik parti secara terbuka berhubung isu hudud.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat PAS pusat pada 13 Februari ini.

"Dakwaan Husam mengatakan perbincangan hudud hanya membabitkan 3 individu dan tidak dimaklumkan kepada parti adalah tidak betul," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Baru, hari ini.

Husam sebelum ini dilaporkan menggesa Amar dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bertanggungjawab, termasuk mempertimbangkan meletak jawatan setelah gagal membawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1964 di Parlimen, bagi membuka laluan untuk pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. – Bernama, 3 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

mt sibu berkata...

Dia berusaha mencari jalan supaya Pas memecatnya. Maka terlepaslah sumpah tertalak isteri jika keluar Pas. Hah3.....

Tanpa Nama berkata...

husam telah serahkan segala bukti tentang tuduhan nya kepada sebahagian pimpinan pas dgn janji pimpinan tertinggi pas akan menyiasat dan mengambil tindakan jika terbukti tuduhan itu.dah lebih dua bulan namun tiada apa2 tindakan.tak kan nak ikut najib kut nak saman wsj ari selasa.selasa bila?pimpinan pas perlu berani kerana benar bukan sapu sampah bawah karpet dan bukan tembak peluru kapur dari jauh.banyak peluang dalam wacana dan forum untuk beri penjelasan serta mempertahankan diri secara ilmiah dihadapan audiens yg pelbagai.sayang nya hanya berani berhujah dihadapan penyokong sendiri.