Nampaknya penafian Najib serta pembodeknya adalah penipu belaka. terjah ...
Episod pertukaran menteri besar Kedah nampaknya masih lagi berlanjutan apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengulangi dakwaan pertukaran jawatannya berlaku kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "sakit hati" dengan ucapannya pada satu majlis di Kuala Lumpur pada 12 Disember, 2015.
Mukhriz berkata, alasan kelemahan pentadbiran beliau di peringkat negeri dan dalam parti tidak langsung disentuh Najib sewaktu presiden Umno itu bertemunya selama 1 jam 30 minit di Langkawi pada 23 Januari lalu, sewaktu krisis pertukaran menteri besar sedang bergelora.
"Jadi sebenarnya perkara ini pun diakui sendiri perdana menteri kepada saya secara peribadi.
"Dia tak puas hati, sakit hati dengan ucapan saya di Saloma Bistro (pada 12 Disember, 2015). Dia beritahu pada saya, tak patut seorang menteri besar kata macam itu pada dia sebagai seorang perdana menteri.
"Oleh kerana itu saya kena lepaskan jawatan saya," katanya mengulangi kenyataannya di Facebook beliau pada 7 Februari lalu.
Penjelasan Mukhriz tentang sikap Najib terhadapnya itu dipaparkan menerusi satu video ceramah ringkas selama 7 minit 53 saat yang dimuat naik di laman web penyokongnya yang menggelar diri mereka Mukhriz Mahathir Fan Club.
Dalam video sama, Mukhriz berkata beliau bersuara tentang 1MDB dan derma RM2.6 bilion itu kerana semua orang bercakap tentangnya selepas ia didedahkan akhbar antarabangsa.
"Jadi saya ingat, soal 1MDB dan RM2.6 bilion ini rata-rata rakyat bercakap tentangnya. Bukan saya yang bocor tentangnya, surat khabar keluar, surat khabar asing yang beritahu.
"Kalau mereka tak beritahu, kita tak tahu langsung tentang RM2.6 bilion. Ini soal integriti.
"Kita tak boleh ada pemimpin peringkat tertinggi yang integritinya dipersoalkan. Dengan itu saya terpaksa bercakap bagi pihak rakyat Kedah dan Malaysia," katanya.
Patutlah Mukhriz Disingkir.. Ini Punca Sebenar
Pada 3 Februari lalu, semasa mengumumkan peletakan jawatannya di Alor Star, Kedah, Mukhriz berkata kepada media, penyingkirannya selaku menteri besar Kedah berpunca daripada kritikan lantangnya terhadap skandal membabitkan perdana menteri berhubung isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.
Mukhriz berkata, selama pertemuan mereka di Langkawi itu, tidak pernah sekali pun Najib berkata beliau kecewa dengannya.
"Tak pernah sekali pun dia kata dengan saya dia kecewa dengan cara saya, tak reti mentadbir Umno, atau pun saya gagal dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Yang dia sebut, dia rasa marah dengan ucapan saya yang menegur dia di Saloma Bistro," kata Mukhriz.
Majlis pada 12 Disember yang dirujuk Mukhriz itu turut dihadiri Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mukhriz pada majlis itu menggunakan perkataan "bengap" sewaktu mengkritik jawapan yang diberikan kerajaan tentang derma RM2.6 bilion.
Beliau turut menyeru penyokong Umno yang hadir pada majlis itu agar melakukan "tsunami untuk meruntuhkan tembok besar dalam Umno".
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan