Sabtu, 27 Februari 2016

Kasihan aku kat Mahathir ..

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan kerajaan menyekat media adalah kerana takut orang ramai tahu perkara sebenar.

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akses kepada laman berita The Malaysian Insider disifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai langkah ke arah menjadi seperti negara Korea Utara.

Membidas tindakan itu, bekas perdana menteri itu berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sanggup melakukan apa sahaja bagi menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat kerana takut dengan kebenaran.

"Kerajaan takut orang ramai tahu perkara sebenar. Sebab itu mereka perlu sekat.

"Ia bagi melindungi tindakan yang mereka buat, menyembunyikan apa yang mereka lakukan," kata Dr Mahathir kepada wartawan ketika ditemui selepas merasmikan Ehime Fair di KLCC hari ini.

Beliau menyifatkan kerajaan Najib sedang mengikut jejak negara diktator yang menyekat maklumat kepada rakyatnya dengan mengambil langkah sama.

"Mereka tidak benarkan orang (media) memberitahu orang ramai apa yang sedang berlaku dalam negara.

"Sama seperti Korea Utara, kita sedang menuju ke arah itu," katanya.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan sekarang hanya mahu orang ramai membaca apa yang mereka ingin sampaikan, sambil mendakwa, ia penuh dengan penipuan.

"Mereka mahu sekat maklumat kecuali apa yang mereka beritahu kepada orang ramai. Dan apa yang mereka beritahu orang ramai, banyak yang menipu," katanya.

Tindakan yang diambil Najib juga bertujuan menakut-nakutkan rakyat, kata Dr Mahathir.

"Orang ramai sudah takut untuk bercakap atau melakukan sesuatu yang menentang Najib. Kamu akan ditangkap, ditahan atau didakwa di mahkamah," katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam mengesahkan menyekat laman web The Malaysian Insider atas alasan "keselamatan negara".

Pengawal selia internet itu juga sebelum ini pernah menyekat laman web lain, termasuk laman web pengumpul berita Malaysia Chronicle, kerana didakwa melanggar undang-undang negara, dan Sarawak Report yang membuat dakwaan rasuah terhadap Najib. - 26 Februari, 2016.


* semasa pemerintahan Mahathir apa kurangnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

TOKSAH KESIANlah.
Tun M is still the BEST PM EVER.
Awak perkecilkanlah segala usaha dia, he is still the best.
Bak kata Annie dalam blognya "Life of Annie" - the BEST handsome old man.
Najib memang tak boleh tanding dia.
Apa yang Najib buat untuk menenggelamkan Mahadir...?
Masukkan duit DERMA ke dalam akaun sendiri.
Ini memang Tun M tidak pernah buat.
Ini saja kelebihan Najib.