Sedia memaafkan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana dianggap memfitnah dirinya sebelum ini, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin dilaporkan berkata, beliau menyambut salam perdamaian daripada mufti Perlis itu.
“Saya sedia maafkan Asri. Tapi dia tetap bertanggungjawab di akhirat kerana fitnah terhadap saya," beliau dipetik berkata akhbar Sinar Harian hari ini.
Zamihan menegaskan, beliau tiada masalah untuk berdamai seperti yang diinginkan, namun mufti Perlis itu katanya perlu bertanggungjawab di depan Allah kerana menuduhnya sebagai Syiah.
"Dia fitnah saya sebagai Syiah sejak 2001. Dia yang mulakan dulu. Saya tidak kenal dia dan dia tidak kenal saya, tetapi dia boleh tulis dalam akhbar mengatakan saya Syiah.
"Berdamai tiada masalah, tetapi fitnah dia jawab di akhirat,” kata Zamihan menurut akhbar itu.
Zamihan dilaporkan berkata, pertemuan dalam sidang Majlis Fatwa Kebangsaan adalah cara terbaik berbincang dan menyelesaikan perbalahan mereka secara ilmiah.
“Biar mufti yang buat keputusan sama ada saya salah, dia betul atau saya betul, dia salah,” katanya.
Asri pada majlis Diskusi Santai: Ekstremisme Agama di Malaysia, 17 Februari lalu, menghulurkan salam harmoni dan perdamaian kepada Zamihan yang juga penjawat awam itu.
Diskusi anjuran Sinar Harian itu, antara Asri dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris Muhamad Rozaimi Ramle, diadakan menggantikan debat terbuka yang pada awalnya dicanangkan antara Asri dan Zamihan. – 20 Februari, 2016.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
Mamat ni pernah kata asri masuk neraka. Mamat ni pun kena jawap..
amboi Zamihe, hok demo dok nyesatke oghe lain kiro gwano.....kkecek besar, oghe ajok lari ppalo///....tok malu........
tak habis-habis lagi si zamihan ni - sampai naik jemu pula orang ramai dengan gelagatnya
Catat Ulasan