Khamis, 11 Februari 2016

Ini jawapan Saiful pada gerakan bebaskan Anwar

Setahun selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan bekas pembantunya tampil dengan soalan: "Adakah saya ini bukan manusia" sehingga haknya sebagai "mangsa" dinafikan?

"Pada hemat saya, agaknya realiti dunia sekarang sudah terbalik.

"Manusia akan membela individu yang berkepentingan pada mereka, berkuasa, berpengaruh, berduit kaya-raya," kata Saiful Bukhari Azlan yang disabitkan mahkamah sebagai mangsa liwat bekas timbalan perdana menteri itu.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh setelah diputuskan bersalah meliwat Saiful.

Menurut Saiful, dalam masa setahun ini beliau sedia maklum dengan gerakan mahu pun kempen oleh keluarga, penyokong serta pihak-pihak tertentu untuk membebaskan bekas ketua pembangkang itu dari penjara.

Namun, beliau mengambil pendekatan untuk tidak memberi reaksi dan membiarkannya begitu sahaja.

“Pada hemat saya, sudah cukup apabila aduan saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan dan beliau pun telah dijatuhi hukuman. Saya mahu terus ke hadapan, tutup buku,” kata Saiful.

Beliau bagaimanapun menyelar kenyataan dalam kes itu yang didakwanya berunsur penipuan dan mengelirukan dalam kes itu.

“Antara penipuan dan spin (putar belit) yang mereka (pembangkang) lakukan adalah seperti "tuduhan palsu", "tahanan politik", perbicaraan berat sebelah, tidak dapat membela diri dan sebagainya,” ujar Saiful.

Malah, menurut Saiful penipuan yang dilakukan bukan sahaja pada rakyat Malaysia tetapi pada dunia.

“Amat malang lagi, tanpa rasa bersalah atau malu, penipuan ini disalurkan pada negara dan kerajaan di luar negara sehingga ada mereka mempercayainya dan mengambil beberapa tindakan seperti memberi "derma jutaan dolar" untuk kempen pembebasan Anwar,” katanya.

Justeru, Saiful mahu pihak yang terlibat berhenti dari terus menipu rakyat.

“Cukup-cukuplah berdusta. Dari tahun 1998 hingga kini, tak habis-habis lagi. Jika tidak takut pada manusia, takutlah pada Allah. Kasihanilah pada mereka yang kamu tipu itu,” pinta Saiful.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Brapa harga diri hang. 1 B ka?
Cari makan cara lain tarak ka.
Hang pi chokitla beli sayok...

KAZAF 80 ROTAN berkata...

selepas kena liwat kau masih terhegeh2 kerja hidang kopi pada anwar

kau mengadu liwat kpd PM sebelum ke polis. buat aduan pd polis di hotel bukan di balai polis

selepas kena liwat kau simpan air dlm dubur selama 2 hari termasuk hari jumaat tanpa mandi wajib

selepas kena liwat sekali kau kena liwat beberapa kali lagi

dlm keadaan kau bebas bergerak kau pergi ke apartment karpet terbang utk diliwat lagi

dlm keadaan kau sihat tubuh sasa muda kau dpt diliwat beberapa kali tanpa melawan (syok kot)

kau bersumpah membelakangkan Kaabah yg hanya video penipuan

kau skandal pula dgn peguam kau dlm masa kes liwat berjalan

kau terselamat kesalahan rela diliwat yg akan menyebabkan dubur kau diliwat oleh rotan penjara

kau tiba2 kaya hidup mewah dlm masa kes liwat berjalan

kau dibela oleh pemerintah korup dgn peguam parti korup tersebut

kau sgt istimewa blh masuk TV merintih kunun mangsa yg teraniaya sedangkan mangsa liwat lain tk pernah dpt mcm tu

mak kau pun tk redha cara kau. abah kau pernah sokog anwar tp kemudian menyokong kau dan tiba2 jadi kaya

BENTUK LUAR MCM MANUSIA, SUARA MCM MANUSIA, MAKAN MINUM MCM MANUSIA
TAPI ROHANI KAU BELUM TENTU MANUSIA

MANUSIA KAH KAU SAIFOOL ? I DON'T THINK SO

Tanpa Nama berkata...

yang mana satu nak prcaya ni....aku tak prcaya dua2lah senang.

NajibNazak berkata...

Sialfool @ saiful = Baboon