Rabu, 10 Februari 2016

Ekspress betul keputusan Dewan Ulama PAS

Secepat itukah Dewan Ulama PAS membuat keputusan? Kekeke, melalui mesyuarat semuah jemaah atau sekadar keputusan seseorang atau remote control seseorang? Bila masa mesyuarat tersebut? Apakah kenyataan Nik Nik Zawawi sebagai tanda aras hukum ..?

Dewan Ulama Pas percaya Khairuddin tiada niat

Dewan Ulama Pas Pusat percaya bahawa tindakan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian seperti dewa Cina dalam satu sambutan Tahun Baharu Cina di Sungai Buloh, semalam bukan bertujuan melanggar batasan agama.

Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, insiden itu juga dikesali pihaknya namun mereka yakin Khairuddin tidak berniat mempersendakan Islam.

“Kami mengharapkan kepada semua ahli-ahli Pas lebih berhemah dalam apa jua tingkahlaku yang membabitkan keagamaan agar ia tidak menimbulkan permasalahan dan fitnah kepada semua agama yang wujud dalam negara kita tercinta ini.

“Semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi dan kita harap segalanya diampunkan oleh ALLAH,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Khairuddin menyerahkan nasibnya kepada kepimpinan parti selepas memakai pakaian menyerupai dewa Cai Guo Jiu dalam satu majlis.

Menurutnya, beliau dimaklumkan pihak menjemputnya yang pakaian tersebut adalah pakaian maharaja Cina.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

TEROPONG TOK BOMOH berkata...

NIAT BETUL,PERBUATAN TAK BETUL...SALAH JUGA TU
PERBUATAN BETUL,NIAT TAK BETUL...SALAH GAK TU
KEDUA2 DI KIRA NERAKA LE TU

NIAT BETUL,PERBUATAN PUN BETUL

NI BARU LE BETUL

BUKAN PERPAKAIAN MCM TOK PEKONG TU BERGANTUNG PADA NIAT

MCM TU KLU ADA ORG TELANG BULAT DEPAN ORG RAMAI

BILA DI MARAH...MAKA DIA KATA ..AKU BERGANTUNG PADA NIAT

ULAMAK APA KE BENDANYA NIAT NI

Tanpa Nama berkata...

Mcm pernah dengarnye fatwa ni... ye tak ye kes MB Perak Zambrie pasang apa kejadahnya pada tiang rumah yang masih dalam pembinaan. Mufti Perak yang memfatwakannya.

otaiblues.blogspot berkata...

tak jd salah no.pakai mcam dewa..kalau keluar parti otomatik jd pengkhianat dan kapiaq..

Unknown berkata...

Tuan punya badan pun dah serahkan pd MSU..kalau benar2 salah dia rela mintak maaf malah bertaubat..apa yg nak disebarkan lagi..

Kes di atas sama dgn kes nizar pegang lilin dulu..beliau dah mengaku salah dan minta maaf..x de pun PAS nak pjgkan lagi..

Tapi bagaimanapun saya faham kenapa PAN mesti pjgkan lagi perkara kni..sebabnya setiap ceramah PAN di seluruh negara sambutan amatlah suram..jadi mungkin inilah masanya utk tarik sokongan..tapi ini melibatkan kaum cina juga..beranikah PAN berlebih2an utk pjgkan isu ini??..kalau berani silakanlah..

Tanpa Nama berkata...

mat monggol pun tkde niat malah tk tahu masuknya 2.6b dlm akaun dia.

tk sedar tk sengaja tk tau kita boleh maaf

tp kita kena tolak mereka ini dpd jadi pemimpin.. tk layak

sebb ramai lagi pemimpin yg sentiasa sedar, sentiasa ambil tahu sentiasa hati2 dlm tindakan

sila letak jawatan wahai pemimpin yg memalukan