Setiausaha Agong PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa langkah agresif Lembaga Tabung Haji melabur dalam syarikat membuat roti pada 2007 menyebabkan kerugian hampir RM100 juta.
Beliau berkata, pembelian aktif saham Silverbird Group Berhad (kini dikenali sebagai Hi-5 Conglomerate Berhad) Tabung Haji secara meluas di antara September dan Oktober 2007, yang menyaksikan kenaikan saham syarikat membuat roti itu daripada 39 sen (awal September 2007) kepada RM1.08 pada 16 Oktober 2007.
"Tabung Haji kemudian muncul sebagai pemegang saham terbesar pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007," katanya sambil menambah dana jemaah haji itu melabur kira-kira RM98 juta bagi 90.483 juta saham, atau 28.81% dalam syarikat itu.
Rafizi mempersoalkan jika usaha itu wajar dilakukan kerana ketika Tabung Haji mengeluarkan pelaburan pada 2014, harga saham menurun kepada antara RM0.07 dan RM0.08 sesaham.
Pada masa ini, beliau berkata saham Hi-5 Conglomerate Berhad berharga RM0.04 sesaham.
"Syarikat itu menghadapi masalah (selepas 2007) dan Tabung Haji hilang pelaburan, tetapi bertahan (pelaburan) sehingga pertengahan 2014 sebelum menjualnya."
"Ini memberikan anda idea jika Tabung Haji melakukan usaha yang wajar, ia akan menjadi lebih berhati-hati kerana tindakan wajar akan menekankan kemungkinan ini. Jelas sekali ia tidak dilakukan."
Beliau berkata Silverbird terkeluar daripada senarai Bursa Malaysia pada 2011 adalah disebabkan beberapa insiden termasuk pertuduhan Jenayah Pelanggaran Amanah terhadap pengurusan atasan.
"Pertama, 3 pengurusan kanan diseret ke mahkamah kerana didakwa menggelapkan RM167 juta wang syarikat."
"Kemudian pada 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengheret syarikat itu ke mahkamah berhubung dakwaan penyelewengan kontrak Koperasi Permodalan Felda Malaysia.
"Mereka juga terlibat sebagai pembekal logistik untuk program Felda, melalui satu lagi anak syarikat," katanya.
Rafizi mempersoalkan mengapa Tabung Haji mengambil keputusan lebih agresif dengan pelaburan pada 2007.
Beliau juga mahu tahu bagaimana berlakunya kesilapan pelaburan sedemikian dan sesiapa yang dipertanggungjawabkan. – 23 Februari, 2016.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Apa yg kebanyakkan mereka tak buat atas nama Islam....?
Apakah datuk2 dan tan sri2 ini akan hidup selama lamanya...?
Catat Ulasan