Khamis, 25 Februari 2016

Saya cuma jawab dalam mahkamah: Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa tidak menjawab secara spesifik soalan pegawai polis yang mengambil keterangannya petang tadi, berhubung kenyataan dalam blog miliknya.

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Dr Mahathir menegaskan, hanya akan menjawab jika disoal dalam mahkamah.

"Saya tidak menjawab secara spesifik mengenai artikel yang diterbitkan dalam blog berkenaan. Mengapa saya seorang disoal walhal ramai lagi mengeluarkan kenyataan sama.

"Sekiranya dipanggil ke mahkamah, saya akan mengikut prosedur ditetapkan dan menjawab dengan jujur tanpa berselindung kerana itu yang saya pegang selama ini," katanya.

Pertemuan kira-kira dua jam antara Dr Mahathir dan tiga pegawai polis itu berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.

Sepanjang pertemuan itu, Tun Mahathir ditemani lima orang peguam.

"Saya ditanya lebih 30 soalan dan kehadiran peguam saya adalah untuk menyemak atau menasihatkan apa yang perlu saya katakan.

"Walaupun disoal siasat, saya tidak akan pernah berhenti untuk menulis di dalam blog berkenaan," katanya.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata keterangan Dr Mahathir diambil bagi membantu siasatan selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.

Sebelum ini, Dr Mahathir melalui entri dalam blognya mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana terhutang budi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: