Sabtu, 20 Februari 2016

Azalina Othman kata jangan hanya salahkan kerajaan

Kerajaan tidak seharusnya terus dipersalahkan dalam isu membawa masuk pekerja dari Bangladesh, sebaliknya majikan perlu meminimumkan penggajian warga asing, kata Datuk Seri Azalina Othman Said, menurut Utusan Malaysia hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dipetik berkata, majikan harus mengkaji semula pengambilan pekerja warga asing berdasarkan kepakaran mereka.

“Kalau kita lihat industri minyak dan gas, mungkin memang mereka (pekerja asing) berkemahiran dari segi kerja-kerja kimpalan dan saya faham perkara itu.

“Tetapi kalau semua hendak letak pekerja asing dalam industri ini... saya nak balikkan kepada majikan.

"Saya tak setuju kalau asyik nak marah kerajaan. Sebab, kerajaan respons kepada majikan yang buat tuntutan dalam perkara ini,” beliau dipetik berkata.

Menurutnya, isu berkenaan tidak timbul sekiranya majikan menetapkan kadar gaji yang bersesuaian kepada rakyat tempatan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pengerang dilaporkan mencadangkan satu dialog diadakan antara kerajaan dan majikan bagi mengetahui keperluan dan permasalahan dialami. – 20 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Suka hati rakyatlqh nak marah kerajaan. Kalau kerajaan bertegas untuk suruh guna tenaga tempatan, apa majikan boleh buat? Majikan perangai kapitalis, nak tenaga murah, nak upah murah, tak mau tanggung benefit untuk pekerja, tak mau bayar kwsp dan segala jenis keperluan. Celaka macam ni jangan buka kilang di Malaysia... pi berambus... nak jadi manusia hamba abdi. Eloklah sangatlah kalau rakyat marah pada kerajaan yang bertindak macam 'saudagar hamba'.