Jumaat, 5 Februari 2016

Akhirnya Rizalman dipenjara 9 bulan kerana ganguan seksual

“Awak menceroboh Cik Billingsley...Dia adalah wanita muda, bersendirian di dalam biliknya, yang berhak untuk berasa selamat dan dilindungi di dalam bilik tidur itu.

Bekas pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Muhammad Rizalman Ismail, 40, yang membuang air besar dan melondehkan seluar di rumah seorang gadis, Tania Billingsley, 22, dijatuhi hukuman tahanan rumah selama sembilan bulan.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Wellington semalam selepas tertuduh terlebih dahulu membuat pengakuan bersalah melakukan serangan seksual terhadap Billingsley pada 9 Mei 2014 dan mendengar hujah kedua-dua belah pihak.

Bekas Pegawai Waran Dua di Kementerian Pertahanan Malaysia itu mengaku bersalah atas dakwaan berkenaan pada November 2015, namun menafikan tuduhan berasingan iaitu cubaan merogol dan memecah masuk rumah.

Tertuduh diwakili peguam bela, Dr. Donald Stevens, manakala pendakwa raya kes ini, Grant Burston.

Mengikut pertuduhan Rizalman dikatakan mengekori Billingsley ke rumahnya pada 9 Mei 2014 dan menunggu kira-kira 30 minit di luar dan kemudian memasuki kediaman berkenaan dan berjalan ke dalam bilik tidur wanita itu tanpa memakai seluar mahupun pakaian dalam.

“Awak menceroboh Cik Billingsley...Dia adalah wanita muda, bersendirian di dalam biliknya, yang berhak untuk berasa selamat dan dilindungi di dalam bilik tidur itu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: