Jumaat, 5 Februari 2016

Cikgu, Ustaz terlampau ... betoi ke ni?

Seorang lelaki menulis menceritakan pengalamannya berada di zaman sekolah menyaksikan beliau 'dibelasah' oleh guru-gurunya ketika berada disekolah.

Ikuti pengalamannya

Mungkin ramai tak percaya saya pernah melalui detik-detik ini sewaktu bersekolah:

1) Didenda menelan hampir separuh bahagian hadapan kasut sekolah, sambil berkaki ayam dan memijak tanah berturap di bawah cahaya matahari selama sejam oleh guru Bahasa Inggeris. Guru yang sama juga pernah memaksa saya menelan sampah dari tong sampah selama sejam. Ini berlaku beberapa kali.

2) Diterajang bertalu-talu di hadapan khalayak oleh seorang Ustaz sehingga muka saya bengkak dan semua butang baju saya tercabut. Puncanya, saya dituduh enggan mengangkat tiang gol yang diarahkannya. Padahal saya mengangkatnya meskipun lengan saya masih berbalut kerana baharu sahaja selesai menjalani pembedahan.

3) Ditampar berkali-kali oleh guru Matematik hanya kerana gagal menjawab soalan spontannya mengenai sifir tertentu. Masa yang diberikan untuk menjawab hanyalah beberapa saat sahaja.

4) Kepala diketuk beberapa kali dengan menggunakan kayu keras sehingga kedengaran bunyi ketukan oleh semua pelajar di dalam kelas. Punca dendaan kerana rakan berbuat bising di dalam kelas.

5) Ditumbuk di belakang sehingga saya mengalami sesak nafas dan terbaring di tapak perhimpunan oleh guru Sejarah. Alasan yang diberikan kerana saya lewat memasuki perhimpunan. Walhal punca kelewatan adalah kerana saya membantu seorang guru Bahasa Melayu mengangkat pelbagai perlatannya dari kelas ke mejanya di pejabat guru.

6) Dimalukan di hadapan pelajar lain bahawa saya mencatat rekod tidak hadir paling tinggi di sekolah oleh guru Matematik. Malah dikaitkan pula dengan gejala syabu. Padahal punca ketidakhadiran saya adalah masalah kemiskinan yang amat menghimpit keluarga sehingga saya terpaksa berjalan kaki setiap hari dan meminjam baju sekolah daripada jiran untuk hadir ke sekolah.

Itulah warna warni dunia persekolahan saya. Semua kisah saya yang sebutkan di atas benar adanya dan ia hanyalah sekelumit dari puluhan memori yang mencengkam perasaan bila saya mengenangnya kembali.

Ya, memang pahit. Namun kini ia adalah memori yang paling manis buat saya.

Kerana makan kasut, dijempur, diketuk, ditampar, diterajang, ditumbuk serta dimalukan itulah saya menjadi insan yang sedar akan kekurangan diri dan masa depan.

Sehingga akhirnya, kini, saya berusaha menjadi insan yang bermanfaat kepada insan lain, baik sebagai guru, pendakwah mahupun sebagai aktivis sosial.
Terima kasih ya Allah.~ Posted by Mohd Hairi Nonchi on Monday, February 1, 2016

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

8 respon:

Tanpa Nama berkata...

Saya merasa amat dukacita membaca kisah pelajar ini didera oleh guru-guru yang bersikap sadis. Anak-anak saya sendiri pun pernah didera oleh segelintir guru-guru yang bersikap prejudis dan tidak rasional terhadap anak-anak saya. Kalau nak diikutkan hati, mahu saya tumbuk muka guru-guru yang sombong dan biadap tersebut tetapi saya tidak mahu menurunkan darjat saya ke taraf mereka yang bermasalah mental !

Saya sangat yakin sebahagian besar guru adalah pendidik-pendidik yang mahu melihat murid mereka menjadi manusia yang berjaya. Pendidik-pendidik tulen yang beriman kepada Allah dan berkhidmat ikhlas kerana Allah tidak akan melakukan tindakan kejam ke atas pelajar-pelajar mereka. Dan murid yang baik tidak akan bersikap biadap terhadap guru-guru mereka.

Pentadbir sekolah mestilah membuat pemantauan terhadap guru-guru dan pelajar-pelajar yang bermasalah supaya mereka tidak melakukan tindakan yang tidak rasional di sekolah. Dan pentadbir sekolah sendiri pun mesti menunjukkan akhlak yang mulia kepada guru dan pelajar supaya tidak timbul isu ' ketam mengajar anaknya berjalan' dan 'cakap tak serupa bikin'.

Pelajar yang bermasalah perlu diberi bimbingan oleh guru kaunseling di sekolah dan guru kaunseling juga perlu menunjukkan akhlak yang mulia supaya pelajar-pelajar menghormati dan menerima bimbingan guru kaunseling.

Pelajar-pelajar bermasalah juga perlu selalu dihantar ke kem-kem motivasi yang mengandungi pendidikan Islam untuk membimbing pelajar ke jalan yang lurus dan benar. Semua usaha-usaha baik ini mestilah disokong oleh ibubapa atau penjaga pelajar.

Saya berharap setiap pengambilan guru baru mestilah melalui ujian psikologi oleh pakar psikologi. Dan guru-guru yang suka mendera pelajar diwajibkan menerima rawatan psikologi dan rawatan Islam untuk mengatasi sikap sadis mereka. Jika mereka tidak mahu berubah, perkhidmatan mereka sepatutnya ditamatkan!

Sepatutnya guru dan pelajar menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai model ikutan mereka supaya mereka berakhlak mulia dan berjaya di dunia dan akhirat. Sekolah-sekolah sepatutnya mengamalkan teori pendidikan Islam kerana teori pendidikan Barat telah gagal mendidik pelajar-pelajar. Kegagalan teori pendidikan Barat telah menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan pelajar-pelajar dan pemuda-pemudi.

Tanpa Nama berkata...

Jika benar sekalipun, saya pasti ia hanya berlaku lebih 20-30 tahun lampau. Zaman sekarang mana ada.

Sebab zaman saya lebih 20 tahun dulu sekolah asrama, memang ada guru warden yg buat tak tau pelajar senior buli pelajar junior.

Zaman sekarang dah tak wujud dah guru buli pelajar to that extend. No worries. Melainkan guru tu ada masalah psycho.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun pernah kena hukum jugak, tapi tak teruk sangat.Habis kuat, koyak kulit tangan, tapi aku tertanya-tanya, kenapa insan macam ni, memilih kerjaya sebagai guru.
Kenapa tak pilih kerjaya sebagai tentera, polis, warden penjara, jurulatih karate atau apa-apalah yang lasak.
Yang dianiaya tu aku, budak sekolah rendah, yang tak berupaya tak lawan apa-apa.
Kalau ikutkan dendam, 20 tahun lepas tu, hendak je, aku "lanyak" cikgu ni balik, ada yang aku jumpa umur time tu dah 60 lebih. tapi aku tak pendendam. Cuma aku pelik, kenapa masa muda dia begitu sadis dan zalim "menghukum" anak murid yang lakukan kesalahan yang tak setimpal.

Tanpa Nama berkata...

Anda perlu berterima kaseh pd semua guru guru tersebut....dr deraan mereka...anda bersabar allah bri kejayaan.... Anak murid skrg.... Mewah.... Semuanya lengkap... Tp masa terbuang di pusat intenet....sayang.... Rugi sgt sgt.

Tanpa Nama berkata...

Semua salah cikgu.7.30 pagi-2.00 ptg bela anak hangpa.ank sendiri tak dibela begitu.Manusia pemakan BRIM ni jdnya tk pernah berterima kasih pd cikgu..UMNO babi!!

Unknown berkata...

dulu lum ada internet

Unknown berkata...

dulu lum ada internet

Unknown berkata...

dulu lum ada internet