Isnin, 15 Februari 2016

Akhirnya parti siku dan lutut meroyan tentang pengkhianat ...

“Mereka hukum kita sebagai pengkhianat, terkeluar dari jemaah Islam, mati jahiliah dan halal darah. Itu perlu kita jawab. Kita katakan tuduhan itu semua tidak betul dari segi hukum.

Pas tidak wajar melabelkan ahli parti itu yang menyertai Amanah sebagai pengkhianat selagi peruntukan yang membenarkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas termaktub dalam perlembagaannya.

Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang berkata, Fasal 15 perlembagaan Pas jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.

“Keluar (Pas) sudah jadi pengkhianat, ini jadi masalah. Kita kena jawab sebab dari segi hukum bukan begitu. Kita bebas nak masuk parti mana pun. Perlembagaan Pas membenarkan.

“Kalau betul itu keputusan Pas, saya berulang kali katakan Majlis Syura atau Dewan Ulamak mesti keluarkan satu keputusan rasmi yang mengatakan bahawa di Malaysia hanya Pas saja jemaah Islam. Siapa yang sudah sertai (Pas) tidak boleh keluar.

“Kalau memang ada keputusan rasmi sudah dibuat, maka Fasal 15 Perlembagaan Pas itu kena diubah. Kalau tidak, buang peruntukan dalam perlembagaan itu, baru selari dengan apa yang diucap. Usah terus beretorik,” tegasnya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas program ceramah, Kicau Deeni di Restoran Amjal dekat Universiti Malaya (UM), tengah hari semalam.

Mengulas fenomena ‘perang’ siber antara ahli Amanah dan baki penyokong tegar Pas di media sosial termasuk di kumpulan WhatsApp, Ustaz Ahmad berkata, serangan emosional mereka dalam banyak keadaan tidak perlu dilayan tetapi persoalan melibatkan hukum memang perlu diberi perbahasan sewajarnya.

“Mereka hukum kita sebagai pengkhianat, terkeluar dari jemaah Islam, mati jahiliah dan halal darah. Itu perlu kita jawab. Kita katakan tuduhan itu semua tidak betul dari segi hukum.

“Inilah cabaran getir buat kita di Amanah. Sentiasa sabar dalam memberi pencerahan kepada mereka yang masih dalam kegelapan. Kita memang sejak awal penubuhan Amanah sebagai wadah baru perjuangan Islam sentiasa menegaskan yang kita bukan nak berperang dengan parti sejarah (Pas).

“Namun tuduhan yang sampai melampaui soal hukum bahkan akidah, itu sama sekali tidak dikompromi. Pas hanya satu parti politik Islam, salah satu daripada jemaah Islam. Tidak lebih daripada itu. Pas bukan agama.

“Sebelum ada Amanah pun, ada parti lain wujud seperti Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia), Hamim (Parti Hizbul Muslimin Malaysia) sebelum ini tahun 70-an, 80-an. Kenapa dulu-dulu, mereka tidak dicop pengkhianat?

“Tidak pernah mereka katakan itu semua parti jahiliah, tiba-tiba kita saja pula kena macam-macam label. Jelas, itu bukan berasaskan fakta tetapi bersandarkan nafsu,” ujarnya yang juga bekas ahli Majlis Syura Ulamak dan Naib Presiden Pas itu.

Melihatkan situasi terdesak Pas melalui pelbagai siri program jelajah parti itu, Ustaz Ahmad menganggap keadaan tersebut mungkin didorong kebimbangan jika lebih ramai lagi ahli Pas mengisytihar sokongan kepada Amanah.

“Pada saya kebarangkalian itu tidak mustahil. Sejak akhir-akhir ini mereka (Pas) ke hulu ke hilir membuat program fastaqim memperbaharui bai’ah yang dulunya untuk calon (pilihan raya) tetapi kini semua kena bai’ah.

“Apa cerita? Kenapa sampai tahap begitu sekali?” bidasnya yang pernah menjadi anggota Panel Syariah beberapa institusi kewangan tanah air.

Termakan hasutan

Walau bagaimanapun, mengakui kesan buruk serangan pihak Pas yang memainkan isu khianat itu, Ustaz Ahmad yang mendirikan Balai Kuliah Tasawwur Islam sejak tahun 2001 di Semanggol, Perak memberitahu kehadiran peserta ke pusat pengajian agama diasaskannya itu ketara merosot terutama pada tahun lalu.

“Orang datang mengaji, sebelum ini ramai mencecah 100 orang tapi bila saya memilih Amanah, tidak lagi bersama Pas, kehadiran merosot sehingga pernah tinggal kira-kira 30 orang.

“Bukan sahaja ustaz-ustaz Pas yang sekian lama dijemput memberi kuliah menarik diri atau memboikot, peserta-peserta lain dihasut pula untuk jangan datang.

“Kononnya saya didakyahkan keluar dari jemaah Islam, tidak ikut lagi Islam dan sebahagiannya termakan hasutan. Ada juga yang takut dipulaukan orang kampung dalam majlis kenduri-kendara, kematian kalau terus mengaji di tempat saya.

“Tapi Alhamdulillah beberapa bulan mutakhir ini saya dapat ‘merawat’ semula keadaan yang terjejas itu. Kehadiran peserta kembali meningkat tapi tidak samalah seperti dulu terutama sambutan daripada kalangan Muslimin,” kata beliau lagi yang dulunya menyokong Pas sejak menuntut di Kolej Islam Malaya pada 1959 sebelum secara rasmi menjadi ahli Pas pada 1984.

* penyakit hati PAS tak pernah berubah. dari pemimpin suka mengkafirkan orang sampai nak pulau memulau... wajarka PAS sebuah parti bukan agama mendapat tempat ..?

Golongan muda dan pertengahan bukan bodoh ... bukan kafir kalau keluar PAS. Kita harus ajar PAS, jangan sombong dengan siku dan lutut. kami ada lagi besar siku dan lutut untuk hangpa.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: