Selasa, 26 Januari 2016

Terkini: Najib tidak bersalah kes derma RM2.6 bilion, kes ditutup kata AG

Hahahha patutlah Peguam Negara tetiba ditukar .. kerja yang baik. perancangan yang baik,
PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara berpuas hati bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada sidang media sebentar tadi, mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan terbabit ditutup.

Beliau berkata, kertas siasatan berkenaan termasuk satu berkaitan kes yang dikatakan membabitkan dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang sudah dikemukakan kembali kepada SPRM.

"Berhubung kertas siasatan berkait dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion).

"Dana berkenaan, yang dimasukkan di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 adalah sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa batasan.

"Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi termasuk pemberi sumbangan dana terbabit yang mengesahkan sumbangan terbabit diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi," katanya.

PEGUAM Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Datuk Seri Najib Razak bersih daripada sebarang kesalahan kata peguam negara hari ini, selepas penyiasatan hampir 6 bulan kes derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn Bhd.

Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, "tidak terdapat bukti yang cukup" untuk mengaitkan perdana menteri.

"Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan.

"Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut," kata Apandi pada satu sidang media di Putrajaya hari ini. – 26 Januari, 2016.

Ya Allah yang Maha Besar. Kami mohon padaMu. Tunjukkanlah kebenaran. Hanurkanlah kezaliman dan kejahatan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah jadi ahli lembaga pengarah Tabung Haji.

http://www.tabunghaji.gov.my/lembaga-pengarah