Menurut sumber, Hanafiah yang juga ADUN Chukai mendedahkan, alasan tindakan itu akan diberitahu sendiri oleh ADUN-ADUN berkenaan.
“Soal untuk bersama kita (PAS) itu belum pasti, yang kita pasti mereka akan tinggalkan UMNO, tinggalkan BN. Tunggu minggu depan, ada berita baik untuk parti kita (PAS), tapi buruk untuk UMNO” katanya dalam satu program di Pejabat PAS Kemaman, Chukai, Kemaman hari ini.
Sebelum ini, akhbar Sinar Harian melaporkan Hanafiah memberitahu, wujud perbincangan mengenai isu pertukaran kerajaan di Terengganu apabila beberapa ADUN BN akan meninggalkan parti dan bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.
“Mereka datang jumpa saya dan bincang perkara ini (tukar kerajaan) dengan panjang lebar,” ujarnya.
-terengganudaily-
Bagi aku, kalau betul ada niat nak keluar parti, tak payahlah war-warkan pada media. Ni tidak, ada pulak tempoh seminggu dua lagi. Apakah ini tujuan untuk mendapatkan "habuan" segera dari kepimpinan pusat?
APapun, aku harap mereka akan terus jadi wakil bebas dari masuk PAS. Apakah PAS akan terima ADUN ini sedangkan pemimpin utama PAS giat untuk bersama UMNO?
Sanggupkah PAS melukakan hati UMNO? hahahahaha
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan