Khamis, 28 Januari 2016

Mengapa Najib takut saman WSJ selepas keputusan Apandi?

“Hanya dengan menyaman WSJ, Perdana Menteri boleh membuktikan beliau tak bersalah. Saya tidak tahu kenapa Najib tidak mengambil langkah itu melainkan beliau sendiri tidak yakin dengan Peguam Negara,” katanya.

Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali membebaskan Datuk Seri Najib Razak dari skandal derma RM2.6 bilion sepatutnya mendorong Perdana Menteri itu untuk mengambil tindakan saman terhadap Wall Street Jurnal (WSJ).

Gesaan ini dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berikutan timbul banyak keraguan dan persoalan selepas Apandi mengesahkan Najib tidak melakukan kesalahan menerima derma dari keluarga diraja Arab Saudi pada 2013.

“Hanya dengan menyaman WSJ, Perdana Menteri boleh membuktikan beliau tak bersalah. Saya tidak tahu kenapa Najib tidak mengambil langkah itu melainkan beliau sendiri tidak yakin dengan Peguam Negara,” katanya.

Ramkarpal berkata, persoalannya ialah sama ada Najib bersedia memulakan prosiding undang-undang terhadap WSJ, lebih-lebih lagi Peguam Negara sudahpun membebaskannya dari sebarang perlakuan salah laku.

“Disebabkan isu itu menarik perhatian antarabangsa, Najib tidak boleh berdiam diri dan perlu bertindak terhadap dakwaan WSJ. Melainkan, jika siasatan Peguam Negara sendiri tidak menunjukkan bukti kuat beliau tidak bersalah.

“Sekali lagi, saya menggesa Perdana Menteri mengambil langkah menjalankan prosiding undang-undang menyaman WSJ demi kepentingan rakyat kerana perkara itu memberi kesan negatif kepada negara,” katanya.

Pada Julai tahun lalu, WSJ mendedahkan pengaliran masuk RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib melalui sebuah entiti berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan mengemukakan sebuah dokumen berkaitan.

Akibat pendedahan itu, Perdana Menteri mengugut untuk menyaman WSJ tetapi hingga kini, Najib tidak berbuat demikian manakala syarikat pemilik jurnal itu Dow Jones mempertahan laporan penerbitannya.-Roketkini.com

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: