Isnin, 25 Januari 2016

Anak saya bukan tikus makmal

"Anak saya bukan 'tikus makmal', sekejap buat itu dan ini. Anak saya jadi mangsa. “Kenapa kita tidak contoh pendidikan di Singapura? Mereka tidak menukar sewenang-wenangnya silibus pelajaran,” kata Raju, 40, yang bekerja di Johor Baru.

Kebanyakan ibu bapa yang ditemui The Malaysian Insider tidak mahu anak mereka dijadikan bahan uji kaji atau “tikus makmal” untuk menguji format peperiksaan baharu seperti diumumkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Penyelia IT Swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Raju mahu kementerian lebih relevan dalam membuat sebarang keputusan dalam pendidikan.

"Anak saya bukan 'tikus makmal', sekejap buat itu dan ini. Anak saya jadi mangsa. “Kenapa kita tidak contoh pendidikan di Singapura? Mereka tidak menukar sewenang-wenangnya silibus pelajaran,” kata Raju, 40, yang bekerja di Johor Baru.

"Nak buat macam PT3, guru pun terbeban dengan kerja nak masukkan markah dan Internet pun lembab.

“Buat sesuatu yang lebih munasabah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Manakala Pengurus Restoran Roney Ratuhaqie Kamas Masud, 43, sama sekali tidak bersetuju memandangkan kekerapan penukaran sistem pendidikan akan membuatkan anaknya menjadi keliru.

"Saya kurang setuju kerana anak-anak tidak bersedia dan mungkin tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan konsep baharu yang diperkenalkan dalam jangka waktu yang singkat.

"Cuba dalami cara pendekatan yang terbaik tanpa menukar konsep. Ini adalah kerana anak-anak akan menjadi bingung dan ibu bapa akan berkeras seperti mendominasi situasi dan ini sering berlaku kepada ibu bapa,” katanya.

Silibus semakin susah

Katanya, silibus pendidikan kini jauh lebih susah berbanding dahulu kerana dibebani dengan pelbagai tugasan.

"Bagaimana anak-anak yang ada masalah pemahaman waktu di sekolah pada siang hari tetapi tidak dapat melengkapkan kerja yang diberi.

“Ini bagi saya tidak adil. Setiap anak-anak ada keistimewaan tersendiri dan perkara inilah kerajaan harus fikir bagaimana meningkatkan daya pemikiran mereka," katanya.

Turut bersetuju pakar pemakanan, Siti Farhath Sehu Allavudin 36, yang mahu sistem pendidikan diperbaiki dan bukannya ditukar.

"Kementerian perlu kekalkan silibus dan bukan mendadak. Jika ingin laksanakan sistem PT3, kementerian perlu pastikan guru-guru bersedia dan sentiasa perbaiki sistem pengajaran.

"Pastikan murid-murid diajar mengenai pemikiran kritikal dan dibimbing dengan cara betul.

Segalanya kalau nak tukar perlulah bermula daripada darjah 1 dan bukannya separuh jalan,” katanya.

Bagaimanapun, terdapat juga ibu bapa yang optimis format seperti PT3 akan memberikan kelebihan kepada murid-murid.

"Saya rasa bagus, anak-anak akan lebih banyak berfikir ke arah yang sepatutnya sebab dalam PT3 pemikiran anak-anak lebih sihat.

"Dalam PT3, anak-anak akan lebih banyak aktiviti di sekolah, jadi mereka akan lebih kreatif.

“Mereka sekarang punya fikiran lebih jauh dan mereka akan kurang bosan dan bukannya menghafal," kata Anita Daud, 41 yang bekerja sebagai pengurus jualan.

Kemahiran guru main peranan penting

Sementara Hasnah Musa, 43, menyifatkan kemahiran guru memainkan peranan penting dalam apa jua format dalam sistem pendidikan.

"Terlalu banyak ujian yang kementerian nak buat. Yang jadi mangsa anak-anak. Saya cuma nak anak belajar dengan cara damai dan tenang.

"Ikut cara lama pun tidak apa. Sebab apabila silibus bertukar, cikgu juga perlu ada kemahiran yang cukup untuk mengajar.

“Sekarang ini cikgu pun pening nak bagi penyampaian pada anak murid. Buku teks juga sangat kurang informasi untuk dirujuk," katanya.

Cadangan kementerian pendidikan itu mendapat reaksi pelbagai pihak antaranya Presiden Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan yang berkata, perlaksanaan format sedemikian hanya boleh difikirkan selepas format PT3 pelajar tingkatan 3 dilihat betul-betul berjaya.

"Kita tidak tengok lagi apa bentuk cadangan tersebut. Kita lihat apabila Penilaian Menengah Rendah (PMR) ditukar kepada PT3, ia lebih mendatangkan masalah kepada pelajar.”

Menurut Hashim, pelaksanaan yang mendadak hanya akan memberikan masalah kepada murid-murid dan pelajar.

Bagaimanapun, cadangan pelaksanaan format itu menurut Mahdzir hanya akan direalisasikan dalam masa setahun atau 2 tahun akan datang.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: