Hahaha ... teringat pulak yang ramai "bos2" polis montel-montel belaka.
Utusan Malaysia menyokong Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mewajibkan pegawai dan anggotanya lulus dalam ujian Indeks Jisim Badan (BMI) dan ujian kesihatan sebagai syarat kenaikan pangkat, tetapi menggesa pegawai atasan agar menjadi contoh.
Menerusi ruangan pojok edisi Ahad akhbar itu Mingguan Malaysia Awang Selamat berkata, penampilan kegemukan dan masalah obesiti hanya akan menjejaskan imej pasukan polis negara.
“Sebelum ini, banyak peringatan dan nasihat dilaungkan tetapi kurang tindakan. Kini terdapat lebih 11,000 warga polis dikategorikan gemuk.
“Ada yang naik beberapa anak tangga pun mudah mengah. Awang sendiri perhatikan ramai yang berperut boroi sedangkan pasukan itu sepatutnya mempunyai pegawai dan anggotanya yang bertubuh sasa dan gagah.
“Cuma bos-bos PDRM kenalah menjadi contoh dalam mengurus lemak dan berat badan mereka. Bukanlah susah sangat,” tulis Awang Selamat hari ini.
Khamis lalu, akhbar Berita Harian melaporkan ekoran keadaan kesihatan tidak memuaskan memaksa PDRM mengambil langkah menggalakkan pemakanan sihat di kalangan pegawai polis.
Akhbar itu melaporkan, lebih 11,000 pegawai polis dikategorikan gemuk, dan PDRM kini mahu mewajibkan anggota polis lulus ujian BMI dan ujian kesihatan sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ada antara anggota pasukan itu yang tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.
Mengulas lanjut, Zulkifli dilaporkan berkata, seramai 250 warga PDRM meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan akibat pelbagai komplikasi penyakit.
Ia termasuk sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi yang biasanya berpunca daripada kegagalan mengawal pemakanan dan tidak mengamalkan senaman.
Sementara beberapa anggota polis yang ditemui The Malaysian Insider mengatakan beban tugas di antara punca kegemukan di kalangan mereka. – 10 Januari, 2016.
pegawai kencing berdiri, anak buah kencing berlari ... hehehehe
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Dpt derma Mcm Najib banyak oooooooooi... Gie kja proton saga.... Kt umah audi x7 u.
Issue ni mmg patut pun di ambil serious. Selalunya time rekruit tu mmg smua fit2, masuk pejabat smua put on weight. So mmg kne check fitness anggota2 smua. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal cantik dan slim.
>>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<
Catat Ulasan